Tuesday, April 16, 2013

#TEAMKERJAOPIS

Hari ni dah masuk hari ke 3 gua masuk kerja opis ni.
Tak dinafikan memang banyak makwe denyut kerja opis.
tapi itu bukan halangan bagi gua.
Bukan senang gua nak terjerumuskan diri dalam kancah kerja gaya hidup berkampeni, cuma taraf kewangan kat malaysia ni memaksa semua orang macam gua ni buat dua kerja untuk hidup yang lebih stabil. Jadi terpaksalah gua memilih kerja opis. at least sabtu ahad gua masih boleh amek gambo orang kawin lagi.

Gua kerja kat syarikat logistic. pada mula nya gua ingat kampeni ni ada kena mengena dengan loji air ataupun indah water. nyatanya sangkaan gua tu salah. Kampeni logistic ni sebenarnya lebih kepada simpan barang orang lain kemudia pulangkan balik. lebih kurang macam tu lah..

Gua dapat office kat warehouse cokelat. Memang tetiap hari gua baru cokelat. Sedap macam nak makan. Kalau lu nak tau yang sebenarnya cokelat2 mahal tu semua asasnya ada kat gudang gua kerja ni. Cokelat macam Forrero Roche,kit kat, kinder bueno, hersheys atau Nutella sekalipon, semua bahan asasnya adalah serbuk cokelat jenama Delfi. Baru la gua tahu. Cuma cadbury je spesial sikit. dia ada serbuk cokelat sendiri. Patut la cokelat dia rasa lain sikit.

hari pertama je gua masuk awal. hari kedua dan harini gua masuk pukul 11am sebab gua kena buat akaun bank. untuk buat akaun bank pulak gua kena renew ic. ic malaysia ni memang pundek. memang jenis puaka. konon nak grand sangat pakai chip. tapi chip tu cepat rosak. baik pakai ic oldskull yang lama laminate tu. lagi mudah dan tahan lama.

Selamatlah KDN kat setia tropika tu pantas. gua buat ic semalam, harini dah siap.
cepat kan?

Apapun, doakan kejayaan gua dalam industri team kerja opis hour ni.

1 comment:

Lynn La Loy リンダ said...

HAILLLLLLLLLLLL!! #TEAMKERJAOPIS