Tuesday, November 29, 2011

new children

dah lama gua mengidam benda ni. kalau gua beli FX haritu..tak tau bila baru dapat merasa.

benda ni range dia takde la best mana. cuma gambar dia punya tone lain macam sikit. ala2 model2 pon ada. and benda ni boleh buat senang kerja sikit. tak payah kecoh2 nak tukar2 lens. bila ada kesempatan je baru berbuat demikian.

gua gadai maruah, gua gadai tanah kebun, gua gadai gelang tangan mak gua. semua tu kerana benda ni. gua tak kisah la tak pakai FX, tapi gua rasa puas juga pakai coated japan ni. keh keh keh.
gua tolak 50mm f1.4D, sebab dia dah terlalu berusia...jadi gua angkut dua beradik ni.dua beradik ni ibarat pasangan kembar, cuma yang belah kanan tu lahir awal sikit je. dua2 ni coated china, but kualiti dia still power!! gua tak penah abaikan dua beradik ni even gua ada benda lagi best dari ni. apepun, gua beradik ni banyak bagi mood kat gua.


sebenarnya dalam bidang ni, gua rasa gua agak ketinggalan. tapi bagi gua benda ni minat yang gua rasa takkan hilang. daripada gua minat merempit. lebih baik gua minat skodeng makwe kat pasaraya. apepun, sekarang kocek gua kering. jangan ada sesapa yang nak ajak gua belanja tengok wayang kat jasko tebrau. ada yang makan penapak nanti.

steam...steammm...

mata pedih, kadang2 dia meletup2. memang balik muka berminyak.

wajah orang tua cacat. dia ni la tokan besar harini.

tinggal tulang. ini semua saka punya penangan.,

benda2 macam ni sedap makan time puasa. kalau tak memang cepat muak.
mana taknya, ayamnye kecik2 tapi marjerinnya bukan main banyak lagi.

gua dah keluar dari kandang besi tu rasanya dah lebih 2minggu.
tapi baru harini timi meraikan hari kebebasan gua.
apepun, gua berterima kasih dengan timi.
walaupun lu cacat, tapi lu sangat menjaga kebajikan gua.
birthday gua tahun depan gua harap lu kasi hadiah macbeth ataupun baju band mahal2.

Tuesday, November 22, 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU HAZIQ FARHAN



Haziq ni kawan baik gua. kira dia ni antara bestie gua jugak. dari form 2 sampai gua habis sekolah. sampai sekarang gua masih blood dengan dia. banyak benda menarik yang ada pada diri dia yang menjadikan dia bestie gua.. selain pernah terlibat dalam satu kes meraba punggung budak perempuan, dia juga pernah terlibat dalam banyak acara olahraga sekolah. dulu dia ketua pasukan kuning. pasukan kuning ni sebenarnya tak power mana pun. biasa budak pasukan kuning ni kalau lumba lari pon dapat nombor corot. tapi kira proud juga la jadi ketua pasukan. selain dari kewibawaannya dalam mengendalikan sesebuah pasukan, Haziq farhan juga agak jambu orangnya. setiap pagi, koceknya tidak pernah lekang dengan bedak. alasannya, untuk mengelakkan baju berbau selepas hisap rokok. dan alasan keduanya untuk mengelakkan muka berminyak. memang haziq ni seorang yang amat menjaga rupa paras dan kecantikan kulit. tidak hairan lah dia diantara bohjan sekolah yang menjadi kegilaan makwe-makwe SIGS.
apepun, 20.11.2011 hari yang bersejarah buat Haziq. Dimana hari dia diijabkabulkan. gua macam tak percaya dia dah kahwin. sebab pada gua, dia kencing tak tos lagi. bila ditanya bagaimana perancangan dia selepas berumah tangga, dia cuma menjawap "i rasa buat masa skrang, i belum bersedia untuk ada cahaya mata, cukup la mata air i yang kiut miut ni. and i rasa, lepas i kahwin ni..i nak pujuk isteri i untuk izinkan i kahwin lagi satu tahun depan".
gua lempang muka Haziq, dan gua blah.
SELAMAT PENGANTIN BARU HAZIQ

Saturday, November 19, 2011



Sedikit pesanan kepada awak.
assalamualikum. tolong jawap.
buat apa harini? masih mencari2 unsur kesalahan?
buat apa harini? masih memikirkan tentang perasaan?
buat apa harini? tunggu kereta sampai dan nak pegi jalan2?
buat apa harini? laparkan diri dengan harapan hari2 nak peneman makan?
buat apa harini? mengharapkan layanan sempurna macam sultan?
buat apa harini? membandingkan diri sendiri dengan orang lain tanpa memikirkan kejahatan?
buat apa harini? mengungkit-ungkit segala pengorbanan?
buat apa harini? perasan diri bagus lagi bagus dengan budak yang tak pandai cakap sopan2?
buat apa harini? menerima segala pujian tapi tidak menerima sebarang kritikan?
bila nak jadi DEWASA ni?

Sedikit pesanan kepada awak.
gua harap lu paham kenapa gua malas nak ambil port sangat pasal lu.
sebenarnya gua nak lu ubah cara hidup lu.
dari dulu sampai skrang ni. gua rasa takda apa2 perubahan pada diri lu.
PERUBAHAN PADA DIRI LU.
bukan perubahan pada umur lu.
bukan perubahan pada penampilan lu.
bukan perubahan pada gaji lu.
bukan perubahan pada alat mekap lu.
bukan perubahan pada hasil masakan lu.
bukan perubahan pada lenggang lenggok cara jalan lu.
tapi PERUBAHAN PADA DIRI LU.
jadi, gua rasa.. benda2 penting macam ni.. lu patut pikir jauh. jauh kedepan.
bukan semakin mengusutkan. bukan semakin kebudak-budakan.
gua taknak masedepan gua cerah tapi mendung sebenarnya.
gua taknak masedepan gua cerah tapi lu akan semakin tertekan dengannya.
gua taknak masedepan gua cerah,cuma masadepan gua. bukan masedepan bersama.
oh okbai.

Tuesday, November 15, 2011

nama timang-timang.

ada orang main nama bapak.
gua paling pantang orang main nama bapak.

masa gua form 1 hingga form 5. gua dibesarkan di felda sungai sayong kulai.
felda tu terletak betul2 bersebelahan dengan felda taib andak.
jadi sebenarnya masa mawi buat latihan vocal tu, gua biasa juga dengar dari tingkap bilik.
gua memang punk felda terror.

gua start form 2. kengkawan gua tak pernah panggil gua dengan nama sebenar.
semua kawan2 gua panggil gua dengan gelaran matrock.
sebenarnya nama matrock ni hasil daripada persenyawaan nama ayah gua. Maarof.
gua mmg panas bila sesapa panggil gua matrock.
ibarat macam main nama bapak gua.
ramai juga budak felda yang pecah bibir kena belasah dengan gua.
tapi bila makwe2 kiut pun panggil gua dengan gelaran tu.. lama kelamaan gua terima.
gua bangga dengan nama gelaran tu.
bagi gua, ayah gua mmg rock. tak kisah la kalau dieorg mengalan nama ayah gua jadi matrock.

tapi sekarang sudah berbeza. tak ramai orang tau yang nama glamour gua matrock.
mereka lebih senang dengan gelaran chubby.
so nama gua memang chubby since 2003 lagi.
jadi tak hairan la kenapa tiap tahun gua kena up size pinggang satu inci.
bugima.


antara ahli jawatankuasa rela felda sungai sayong yang giat bekorban demi kampung tercinta. dari kiri Brahim, buntat, pak shukor, deraman, shuib matakail, tok geraham dan mohd jefri. masing2 menimang pangkat leftenan muda.

Saturday, November 12, 2011

Batu Pahat Disorder.

ihsan dari : Google.

gua baru balik batu pahat.
batu pahat ni cool sebenarnya.
banyak anasir baik dan jahat.
banyak bunian dan hantu raya.
tempat ni "panas" utk orang macam gua.
sebenarnya ini kali pertama gua sampai batu pahat.
memang poser.
apepun, batu pahat memang hail dia punya nasi kenduri kahwin.
sampai nasi berkat kat rumah gua ratah sorang2.
gua pasti akan return back batu pahat nasi kenduri satu hari nanti.
gua pasti.

Thursday, November 10, 2011

Sr.Kasim


Gua Panik bila dah seminggu kes gua masih tak disebut.
memang gua gembira dapat keluar dari kotak hitam tu.
tapi dalam gembira tu gua masih terpikir apa yang bakal terjadi.
gua dah hafal macam2 skill prison break..
tapi gua masih gundah lagi.

walaupun gua tidur, tapi sebenarnya telinga gua amat pasif.
gua mudah terjaga. dan gua kurang tidur lena semenjak gua "bebas" seketika ni.
kat tempat kerja, gua banyak termenung dan kusut semata2
time2 macamni la gua baru ingat tuhan, mak bapak, sedara mara.
kejam sebenarnya perasaan macam tu.

harini sarjan kasim call. ini panggilan yang cemas.
mendebarkan.. dan buat jantung gua berdegup kencang.
gua doa takde apa2 berlaku.
3min bercakap dalam handphone.
minit terakhir tu gua dah mula senyum.
hati berbunga2..
gua rasa hidup semula.
terima kasih sarjan kasim.
terima kasih tak terhingga.
alhamdulillah..

Wednesday, November 9, 2011

AMY

Balik rumah mak, alasannya semalam gua belikan mak gua udang rm18 sekilo suruh masak sambal. gua invite subway dengan kakak dia datang. sebab masa tu gua takde transport.

sambil berjalan,gua berdengus

"gua rasa udang gua ni dah habis lah mok, gua dapat feel kakak2 gua punya anak sedara dah baham habis"
subway tepuk2 bahu gua, gua dah mula cemas.

gua sampai rumah, gua bagi salam macam biasa.
mak gua muka pelik. gua tengok mak gua pun gua rasa pelik.
dalam hati gua, ni mesti udang sambal gua dah habis.

mak gua hulurkan satu bekas kecil udang sambal. alhamdulillah, mak gua simpankan gua lagi.
cukup la untuk gua makan bersama subways dengan kakak dia.

tengah2 layan kopek udang, mak gua tanya " ni sape? yang lagi sorang ni sape?"
gua jawap " err..ini kawan orang lah..org invite dia datang. gpun orang takde transport "
mak gua bilas balik " kau jangan macam2 dik, mana AMY..?? mana?? "

Subways dan kakak dia sengih je tengok gelagat kami anak beranak.
mak gua bising2..
" jangan nak jadi kasanova sangat, semalam bawak perempuan lain, harini bawak perempuan lain. mana AMY mak!!! "

gua tenangkan mak gua, gua cakap pelan2.. "mak, AMY balik kampung, thats y orang bawak dia dua orang ni tolong hantarkan. ini kawan orang lah mak..bukan ada pape pun..."
berang mak gua mula reda, baru la mak gua sengih2 dan tanya2 kat subways dengan kakak dia..
mak...mak...
kemain marah g bila gua tak bawak AMY kesayangan dia.

AMY. dengar tu!!


Tuesday, November 8, 2011

i hope free.





sebenarnya ramai yang ada disekeliling sewaktu dalam keadaan susah. dan senang.
nyatanya, gua punya ramai sahabat yang patut dikenang. ada jugak sahabat baru yang gua tak kenal tapi still berikan sokongan.
disini terdapat banyak buktinya.
terharu jugak bila baca balik trending topic kat Twitter pasal #freecabi.
dan ada juga yang menulis tentang gua, gua amat menghargai ini semua.


credit to : Aminah terutamanya, eddy&teha, jimbotiram,abg banggunan, tok rimau, shafiq, timi, encikb, aman,fikri kacak, kerk kimura, maria, kucai, fezzul, wan mijer, lil erica, nina gipsy,kc kasedah, jawa,rina, mira, abel resist, nana, lara nur, dan yang lain2 tak tersenarai deh namanya...WITH PRIDE!

Friday, November 4, 2011

FREECABI

dah bebas.
tapi jantung masih debar-debar lagi.
mungkin sebab masih belum tidur semenjak keluar.

harap2, perbicaraan nanti lancar.
tak apa la korban beberapa keping kepala agung.
nasib tak menyebelahi diri agaknya.
at least dapat juga pengalaman berguna.

kbai.