Tuesday, November 22, 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU HAZIQ FARHAN



Haziq ni kawan baik gua. kira dia ni antara bestie gua jugak. dari form 2 sampai gua habis sekolah. sampai sekarang gua masih blood dengan dia. banyak benda menarik yang ada pada diri dia yang menjadikan dia bestie gua.. selain pernah terlibat dalam satu kes meraba punggung budak perempuan, dia juga pernah terlibat dalam banyak acara olahraga sekolah. dulu dia ketua pasukan kuning. pasukan kuning ni sebenarnya tak power mana pun. biasa budak pasukan kuning ni kalau lumba lari pon dapat nombor corot. tapi kira proud juga la jadi ketua pasukan. selain dari kewibawaannya dalam mengendalikan sesebuah pasukan, Haziq farhan juga agak jambu orangnya. setiap pagi, koceknya tidak pernah lekang dengan bedak. alasannya, untuk mengelakkan baju berbau selepas hisap rokok. dan alasan keduanya untuk mengelakkan muka berminyak. memang haziq ni seorang yang amat menjaga rupa paras dan kecantikan kulit. tidak hairan lah dia diantara bohjan sekolah yang menjadi kegilaan makwe-makwe SIGS.
apepun, 20.11.2011 hari yang bersejarah buat Haziq. Dimana hari dia diijabkabulkan. gua macam tak percaya dia dah kahwin. sebab pada gua, dia kencing tak tos lagi. bila ditanya bagaimana perancangan dia selepas berumah tangga, dia cuma menjawap "i rasa buat masa skrang, i belum bersedia untuk ada cahaya mata, cukup la mata air i yang kiut miut ni. and i rasa, lepas i kahwin ni..i nak pujuk isteri i untuk izinkan i kahwin lagi satu tahun depan".
gua lempang muka Haziq, dan gua blah.
SELAMAT PENGANTIN BARU HAZIQ

No comments: