Tuesday, November 15, 2011

nama timang-timang.

ada orang main nama bapak.
gua paling pantang orang main nama bapak.

masa gua form 1 hingga form 5. gua dibesarkan di felda sungai sayong kulai.
felda tu terletak betul2 bersebelahan dengan felda taib andak.
jadi sebenarnya masa mawi buat latihan vocal tu, gua biasa juga dengar dari tingkap bilik.
gua memang punk felda terror.

gua start form 2. kengkawan gua tak pernah panggil gua dengan nama sebenar.
semua kawan2 gua panggil gua dengan gelaran matrock.
sebenarnya nama matrock ni hasil daripada persenyawaan nama ayah gua. Maarof.
gua mmg panas bila sesapa panggil gua matrock.
ibarat macam main nama bapak gua.
ramai juga budak felda yang pecah bibir kena belasah dengan gua.
tapi bila makwe2 kiut pun panggil gua dengan gelaran tu.. lama kelamaan gua terima.
gua bangga dengan nama gelaran tu.
bagi gua, ayah gua mmg rock. tak kisah la kalau dieorg mengalan nama ayah gua jadi matrock.

tapi sekarang sudah berbeza. tak ramai orang tau yang nama glamour gua matrock.
mereka lebih senang dengan gelaran chubby.
so nama gua memang chubby since 2003 lagi.
jadi tak hairan la kenapa tiap tahun gua kena up size pinggang satu inci.
bugima.


antara ahli jawatankuasa rela felda sungai sayong yang giat bekorban demi kampung tercinta. dari kiri Brahim, buntat, pak shukor, deraman, shuib matakail, tok geraham dan mohd jefri. masing2 menimang pangkat leftenan muda.

3 comments:

dobot said...

jadi tak hairan la kenapa tiap tahun gua kena up size pinggang satu inci.bugima.

Kehkehkeh! Kbai :P

chubbyharusdirejam said...

perli ke tu.

Kc Kasedah said...

apasal tak panggil lu gemok eh? hairan.