Thursday, December 27, 2012

Suwit

Nikon FA
Samples
6.30-7.00pm
Warm Filter
Fujicolour 200
Nikkor 50mm f1.4 Nippon kogaku
S/S 1/160
ASA 200
f stop f2.8



Budak dua orang ni akah melansungkan perkahwinan pada hati gig Tragedy. syabas!

Wednesday, December 26, 2012

Mandi

Dah banyak kali jugak member2 gua yang merungut bila menunggu gua mandi. Mandi maksud gua bukanlah mandi wajib . Tapi mandi seharian. Yang mana rutin semua orang yang harus mandi selepas dan sebelum tidur. Cuma maybe masa yang gua ambil lebih sikit je dari budak lelaki lain.,

Sebenarnya, "menyabun" bukan alasan yang tepat kenapa gua mandi lambat dari orang lain. Dan menyabun bukannya satu benda yang "best" sangat untuk dibuat dalam bilik mandi. Cilake. 

Sebelum mandi biasanya gua akan duduk di toilet bowl, bakar rokok. Gua bukan buang air besar pon yang sebenarnya. Gua cuma hisap rokok je. Tabiat ni memang dari sekolah menengah lagi gua dah buat. Jadi dah menjadi kebiasaan bila gua nampak tandas je gua terus berahi untuk hisap rokok.

Selepas hisap rokok, gua akan melucutkan pakaian satu persatu sambil menghadap cermin dan membayangkan yang dihadapan cermin tu adalah Michel Scotfield. Pakaian gua akan gantung kat penyangkut khas yg letakkanya disebelah cermin bilik air.

Selepas bukak baju dan posing, gua pun buka paip shower. Gua akan dahulukan mandian gua itu dengan membasahkan kaki, time basah kaki tu barulah gua kena fikit chorus lagu apa yang sesuai untuk mandian gua kali ni, biasanya lagu "pieces dont fit anymore" punya chorus yang gua akan nyanyi. Lagu lain pun ada jugak tapi kadang-kadang la.

Lepas basuh kaki, gua akan ambil sponge dan basahkan. Kemudian letakkan sedikit sabun liquid yang lembut. Sebenarnya ada 2 ketegori sabun badan, satu sabun lembut, satu sabun kasar. Sabun lembut ni macam Johnson baby, lux, dovy atau dengan kata lain sabun yang tak ada scrub. Lepas tu gua akan basahkan badan semua. Ia mengambil masa lebih kurang 3minit. Lepas tu barulah gua sabun. Sabun kali pertama ni memang untuk memhilangkan kotoran biasa yang terlekat pada kulit. Bulu2 kucing ke, habuk ke, minyak hitam ke. Tempoh yang diambil lebih kurang 10minit.

Selepas sabun kali pertama ni, gua akan bilas badan sebersihnya. Kemudian gua akan pakai syampo. Sejak dari 2004 kalau tak silap, gua tak permah menukar jenama syampo. Gua menggunakan syampo jenama Tresemme. Syampoo lain tak serasi dengan kulit kepala gua. Sebab kepala gua jenis berminyak. Jadi syampoo ni je yang gua rasa paling berkesan dan sejak gua guna syampo ni gua tak pernah ada kelumumur.

Lepas syampo pulak, gua akan scrub badan. Scrub badan ni pulak bukan jenis scrub yang macam yeye sangat tu. sabun jenis scrub macam Ginvera Scrub Green Tea yang biasa gua guna. Apa yang bestnya sabun scrub ni, dia akan buat lu rasa selesa bila pakai baju. Sebab sabun liquid biasa Ph dia rendah, so kadang2 boleh buat kulit kering lepas mandi. Dan sabun scrub ni fungsinya untuk melembutkan kulit selain tu boleh membuang sel kulit mati. Seminggu sekali baru la gua pakai scrub yang "heavy" sikit. Biasanya gua pakai yang jenama watson je. Itu pun dah cukup bagus. Lepas pakai kulit rasa macam kulit baby!

Lepas dari scrub badan dan syampoo. Gua akan bilas kali kedua, gua akan capai Dental Floss. Dental floss ni bagi gua sangat penting. Sebabnya, walaupun canggih macam setan pun berus gigi tu, dia tetap takkan dapat keluarkan saki baki kat celah2 gigi tu. so Dental floss ni lah yang buat benda tu. Lepas "floss" gigi, gua akan sapu rambut guna perapi pulak. Benda ni buat 3 kali seminggu je, tk payah kerap sangat. Dan sambil tu gua akan berus gigi.tempoh yang diambil lebih kurang 10minit.  Lepas berus gigi gua akan cuci rambut kering2dan hair dryer sampai kering dan lap badan.

Gua harap dengan keterangan gua ni, membe2 gua tak merungut lagi kenapa gua lewat mandi.
Ecely gua akan buat semua ni time gua tak terkejar2 masa. Time nak cepat kengkadang gua acah-acah mandi jek!

Monday, December 24, 2012

Polaroid

PAKEJ 2013!!
Tempah la sekarang sebelum terlambat!


Keep Calm and Shoot Film!

Gua tak tahu ada apa masalah mata gua ni.
Gua baru beli lumix.. Digital camera. ingatkan nak guna untuk travel.
Gua dah puas godeh, dah puas setting, dah puas amek gambo.
2 hari gua dah bosan. dah fade up!

Maybe mata gua dah selalu nampak gamba DSLR dengan Film agaknya.
Sampai gua tak dapat menilai gambar-gambar kamera digital biasa.

Gua baru jual lumix ni semalam dengan anep anas.
Kebetulan bini dia dah bising takde kamera, dia asik pakai kamera film je.
jadi gua swap sambil topap sikit dengan kamera dia.
Gua harap tengkuk gua tak patah.



Thursday, December 20, 2012

Visit Malaysia -Terengganu

Nafsu nak berjalan, nak touring sorang-sorang macam 2 minggu lepas masih membuak-buak.
Mana yang rasa nak follow gua tu boleh roger awal.
Rasanya bulan 1 ni gua nak start berjalan lagi.
Mission kali ni  Terengganu.





Gua dengar terengganu punya keropok lekor ada perisa keju.
Gua dengar air laut terengganu punya masin boleh sembuhkan penyakit kusta.
Gua dengar makwe terengganu sidai kain tepi pantai berkemban.
Pehhh....

Mission kali ni, kawan gua sam macam nak ikut.
Sam ni kawan gua sejak kecik lagi. Rasanya gua tak ada masalah kalau nak tour dengan dia pon.
Jangan cakap hati budi, Size penis dia pun gua dah tahu berapa inci.
Gua lebih memilih tour dengan dia daripada tour dengan makwe. Leceh!

Gua punya semangat nak Touring "Visit Malaysia" ni, Gua beli satu camera Khas untuk traveling.
Takkan nak gantung DSLR kehulu kehilir, atau bawak kamera film lagi. Fuhh.. tak larat. Berat dan kadang-kadang merimaskan. Gua dah lama rancang nak beli satu digital camera yang mudah dibawa kemana-mana dan tak terlalu "hipster" untuk gantung di leher. Jadi gua beli je Lumix ni, kebetulan Shashinki ada sale.






Wednesday, December 19, 2012

Hmm.. kebetulan ke apa ni!!

Bulan Julai

Sangat seronok didampingi, banyak berahsia dan sukar dimengerti
terutamanya lelaki, agak pendiam kecuali dirangsang, ada harga dan
maruah diri, tidak suka menyusahkan orang lain tetapi tidak marah
apabila disusahkan, mudah dipujuk dan bercakap lurus, sangat menjaga
hati orang lain, sangat peramah, emosi sangat mendalam tetapi mudah
terluka hatinya, berjiwa sentimental, jarang berdendam, mudah memaafkan
tetapi sukar melupakan, tidak suka benda remeh-temeh, membimbing cara
fizikal dan mental, sangat peka, caring, pengasih serta penyayang,
layanan yang serupa dengan semua orang, tinggi daya simpati,
pemerhatian yang tajam, suka menilai orang lain melalui pemerhatian,
mudah dan rajin belajar, suka muhasabah diri, suka megenangkan
peristiwa atau kawan lama, suka mendiamkan diri, suka duduk di rumah,
suka tunggu kawan tetapi tidak cari kawan, tidak agresif kecuali
terpaksa, lemah dari segi kesihatan perut, mudah gemuk kalau tidak
kawal diet, minta disayangi, mudah terluka hati tetapi lambat pulih,
terlalu mengambil berat, rajin dalam membuat kerja.

Kucing Garong


Sebenarnya gua dah bela lebih dari 5 ekor kucing. 1 ekor flatface, 3ekor Domestik long hair, 1 kucing kampong biasa. Setelah gua buat kajian sendiri, sebenornya kucing kampong ni 10x kali lebih bijak dari kucing-kucing "educated" yang lain. 
Sekor tu mati kat luar rumah , sekor mati sebab terjatuh, 2 lagi hilang kena curi. Kali ni  je yang kekal sampai hari ini. Ni pon sebab kucing yang gua bela ni kucing kampong je. Sebab tu kalau hilang pon tak ada orang nak ambil peduli. 

Kucing pertama gua nama dia Tim Tom. Kucing ni pattern dia sama macam DLH (Domestic long hair), cuma maybe dah banyak kacuk. Still bulu panjang tapi tak begitu fluffy.Kucing  ni gua jumpa kat blok depan rumah gua. Gua tak tahu lah kucing tu sudah bertuan atau tidak. kucing tu ikut gua balik rumah. Gua tak kurung dia pon sebab rumah bawah. TimTom ni sifatnya setia. Dia akan setiap hari tunggu gua balik rumah. Dia akan makan, kemudian meleset, dan akan hilang keluar. Tapi setiap malam dia akan balik untuk tidur kat tilam gua. Satu hari tu dia tak tunggu gua balik pun. Tiba-tiba dia balik rumah , gua bagi dia makan, dia tak makan, dia main-main dengan makanan dia. gua dah rasa tak sedap hati. esoknya gua nampak dia kat bawah pokok depan rumah. Dah mati. Sedih. 
Ni gambar hiasan, TimTom Pattern dia lebih kurang ni. cuma ni kucing orang lain.
TimTom -R.I.P 2009


Kucing kedua gua adalah seekor DLH juga. Tapi pattern Fluffy gila. Dan gemok macam setan. Pemalas. dan gemar duduk sorang-sorang. Kucing ni nama dia Hayley. Sempena kedatangan Paramore pertama dia Malaysia. Kucing ni gua terserempak kat tengah jalan. Gua nampak menarik, gua terus angkut bawa balik. For sure kucing ni orang punya sebab keadaan dia sangat terjaga. Cuma gua tak tahu mana satu rumah tuan dia. Dari orang lain ambil, lebih baik gua bela. Niat gua cuma nak bela je sebab gua kasihan. Tak lama gua bela dia, gua pindah rumah., Gua bawak dia sekali. Seminggu selepas gua pindah, Kucing ni hilang. Ura-ura tuan rumah cakap kucing ni kena jual dengan Housemate gua yang sebenarnya, Cuma gua takde bukti je nak tuduh dia. Cerita dia ada dalam blog ni jugak. Pepandai la carik.


Hayley - Missing 2010

Kucing Ketiga gua ni Nama dia Vivi. Seekor kucing betina kacukan. Siamese + DLH. Manja gila. Dan sangat ayu. Pada gua, vivi ni seekor kucing yang amat disenangi. Semua kengkawan gua sukakan dia. sebab perangai dia yang manja. Kucing ni hilang dalam rumah baru gua juga. Satu hari tu dia demam, gua bawa pergi klinik. Keadaan dia macam tak normal. dia lompat ke katil pon terjatuh. Memang macam tak bermaya. Gua balik kerja je dia hilang. Gua saspek orang curi. Keesokan harinya gua nampak dia kat tingkat bawah dalam keadaan sangat menyedihkan. Dia jatuh dari balkoni. Sejak hari tu, gua dah takut nak bela kucing. Gua rasa macam takde luck sebab kucing yang gua bela tak kekal. kalau tak mati, hilang. sentap betul.

Vivi - R.I.P 2010
Paling Besar, Paling pemalas, Paling kuat makan dan Paling kuat tido. Ini kucing ke4 Gua. Panda nama dia. Tapi makwe gua kasi dia nama panjang sikit "Panda Nabila". Macam cilake jugak padahal kucing ni Jantan.
Kucing ni baka Flatface original. Ada gigi taring tersembut belah kiri. Dan hidung tenggelam.
 Kucing ni kawan gua yang kasi sebab dia tak ada masa nak bela. Anggaran umur dalam 1 Tahun kucing. Kucing ni setiap hari tido bawah ketiak gua. Pendek kata dia tak akan boleh tidur kalau gua tak ada kat rumah. Memang manja. Tapi sayangnya pemikiran dia lemah dan cepat lupa. Satu hari kawan gua masuk rumah dan lupa tutup pintu. 5min je dia dah hilang. Lama gua dah bela panda ni. Dekat 1 tahun juga.Macam-macam klinik haiwan gua dah pergi buat rawatan itu ini. akhirnya hilang macamtu je.



Panda - Missing 2011

Gua makan kat tepian tebrau. lepas je gua bayar, gua nak masuk kereta, Ada seekor kucing mengiau kat gua. Bila gua angkat dia je, dia senyap dan jilat-jilat. Gua kesian. Kucing ni nampak bijak. Bila gua letak kat seat kereta je, dia duduk dan tengok depan. Wahh! Pandainya! Kucing ni kucing biasa. Warna dia kelabu. Gua suggest nama dia Grey, Tapi masa tu Lan HD yaini roomate gua cakap tak sedap. Lagi sedap letak nama melayu. Jadi gua cadang kasi nama Salji. Salji ni jenis kucing aktif, Perangai ada sikit-sikit macam anjing. Kalau orang baling barang, dia akan kejar,gigit dan bagi balik kat si tukang baling. Pandai kan?
Ini lah kucing gua salji. Stray cat yang bijak. Sampai la ke hari ni gua bela dia.


Tak lama lepas gua bela salji ni, Gua jumpa lagi seekor kucing biasa yang manja kat pasir gudang. Kucing ni Lan HD yang nak bela. Kucing jantan. Kononnya boleh la dia berkawan dengan salji kat rumah. Gua pun ambil lah.. Glensard nama dia. Sengaja gua letak nama glensard sebab time tu gua minat gila babi dengan Glen Hansard. yang si Glensard ni pulak jenis suka meleset sampai orang naik rimas. Tapi kadangkala dia la kucing yang boleh buat orang lain rasa sayang pada binatang. Sebab Glensard ni jenis kucing yang wataknya lebih comel dari kucing lain. :)
Glensard ni hilang sebab tak kunci pintu. Dia keluar rumah sampai ke kedai bawah. Sudahnya dah sebulan gua tak nampak tiba-tiba gua nampak dia kat kedai bawah. gua bawa balik. Tapi dia dah tak kenal tuan dan rumah. Perangai dia pun dah lain. Gua fikir, ada baiknya gua biarkan je dia kat bawah. Kat bawah pun ada kedai makan, At least dia boleh makan. Dan kebetulan time tu Salji ni pregnant, jadi gua takut juga kalau Glensard makan anak salji ke apa. Kucing jantan tak suka anak kucing kan? lebih-lebih lagi yang ada becak-becak 3 kaler tu.

Tahun ni gua dapat 2 lagi kucing percuma. Kucing ni anak kucing salji tu. Baru sebulan dia dilahirkan.
Gua letak nama seekor tu Jonsi dan seekor lagi Berc. Ini pengalaman pertama gua bela kucing dan kucing tu menghasilkan kucing yang lain. Seronot! seronot!
Black Berc
Jonsi


Laci dapur yang telahpun dijadikan kediaman rasmi untuk Jonsi dan Berc.




Gua harap kucing-kucing ni akan terus hidup dengan gua sampai bila-bila. Daripada gua sayangkan makwe lama yang tak ada paedah tu, lebih baik gua sayangkan kucing. Ada juga paedahnya.







Monday, December 17, 2012

Aq dan Dy

Dalam prasarana dan arus kemodenan sejagat. Masih ada lagi orang yang mengaku urban dengan bahasa keparat-keparat.
Gua berkenalan dengan seorang lelaki pariah biasa, Yusuff nama dia.
Berkenalan dalam laman sosial, tak pernah tengok muka, tak pernah tegur sapa. kirenye kalau gua selisih dengan dia tepi jalan pon gua susah nak detect nama.
Yusuff meminta no telefon.. Minggu depan dia nak turun Jb naik kereta api dari kolumpo.
teguh iman dia ni! jaoh kot Kolumpo dengan johor naik kereta api woi!!
Gua kasi no telefon.

Selang 3minit, Yusuff sms gua.
"cubi, ini no aq tau. pepewhal Sms aq no ni."

Tekak gua dah mula kembang. Gua tak tahu nak reply apa.
gua harap pabila dia berjumpa gua nanti, dia takkan sebut aku tu "akiu" ataupun "AQ'". Cilake.
Sebenarnya dari tahun 2006 masa gua kat kampong lagi dah mula trend berbahasa mentel ni. Gua lebih suka menyebut mentel sebab tujuan utama sesiapa yang menggunakan bahasa ini adalah untuk tambah point comel dalam diri.

Keesokkan harinya, gua memandu sendirian. Memang normal bagi seorang lelaki memandu sambil bakar rokok. kadang-kadang sambil makan. mana yang sempat. Kali ini gua memandu dengan tangan sebelah keluar sikit dari tepi tingkap. Nampak macam gagah betul, disusuli angin kuat menerbangkan rambut. betul-betul macam iklan syamphoo.

Yusuff menelefon gua, Dia dah sampai KTM kempas.
Gua lincah pergi Kempas.
Gua nampak seorang lelaki tinggi lampai pakai baju Emerica dengan Snapback.
Dia start sapa gua "Der, thnk q eh amek aq,kejap giw aq belanja kau makan"

Gua tergelak kecik. Memang sah dia akan cakap pelat Q. tapi dia ni original bukan buat buat. Rupanya Yusuff ni suara dia sengau sikit. Memang keturunan. bukan buat-buat. patut la dia tulis aq,dy,niew niew.
Seharian tu gua tak tahan ketawa sebab dia tak pandai sebut perkataan "susah". bila dia sebut susah dia akan jadi shiewshah. Yusuff. yusuff..


Sunday, December 16, 2012

moamen qreiqea



Moamen Qreiqea, 25, lost both his legs in an Israeli air strike in 2008 while taking pictures east of Gaza. The father of two is determined to continue his career despite his disabilityhttp://blogs.thenational.ae/photography/national-view/palestinian-photographer//blogs.thenational.ae/photography/national-view/palestinian-photographer

Wednesday, December 12, 2012

iSmack!





Gua sebenarnya pernah minat bolasepak. Sejak kecil lagi. Masa tu gua rasa kagum dengan pak busu gua. Kerana pak busu gua kenal hampir semua pemain bolasepak malaysia. Walaupun pemain import. Gua pernah berangan betapa rasa bangganya kalau gua ditempat pakcik gua. Sebut saja bolasepak, semua dia tahu!

Masalahnya, dari zaman gua kecik lagi, abang gua suka ikut apa yang gua buat. Masa gua minat bolasepak tu, dia pun sibuk tengok bolasepak jugak, pengacau. Dan gua rasa menyampah. Sejak hari tu la gua rasa menyampah dan malas nak tonton bolasepak lagi. Apatah lagi nak menghafal nama pemain macam pak busu gua tu.

Bila gua dh besar ni, gua cuba untuk meminati bolasepak, namun tetap gagal. Gua dah cuba banyak kali, namun bolasepak bagi gua adalah satu benda yang membosankan.

Tapi itu bagi pihak gua, mungkin dalam seribu lelaki, akan ada 1orang lelaki yang tak minat apa yang orang lelaki lain minat. Nyatanya minat gua bukan bolasepak.
Tapi gua dikelilingi bolasepak, sedikit sebanyak gua ada tahu jugak. Pemain apa yang tengah popular sekarang, atau team mana yang best, team mana yang tak.

Sebenarnya gua bukan menulis untuk beritahu yang gua tak minat bola. Sebenarnya gua nak tulis pasal iSmack!

Ismack ni adalah cafe di sekitar johor bahru, berada berhampiran dengan pasar karat dan kombi. Cafe ni member gua punya. Ahmad syauqi atau nama glam fia "Po". Bukan Popo, but Po. Cafe ni direka khas untuk peminat bolasepak, and konsep dia "eat,drink and football". Amat sesuai untuk football holigan diluar sana!
Jadi, kalau korang rasa nak tengok bola dengan TV plasma LED 3D dengan santai dan sempoi, marilah ke iSmack!

Tuesday, December 11, 2012

Cermin mata

Sejak berhenti kerja ni gua terlalu banyak sangat masa melalok kat rumah. Ini jenis self employed apa benda ni?

Cermin mata gua dah lebih 2 tahun tak berganti. Sedor tak sedor, dah 2tahon jugak gua pakai cermin mate ni. 

Sebenarnya, since gua darjah 6 lagi emak gua dah belikan gua cermina mata. Pada zaman tu, semua budak yg pakai cermin mata dikira sebagai budak nerd,anak mak, si manja dan lain-lain gelaran yang boleh buat gua panas hati kalau ada budak yang tiak gua dengan nama-nama macamtu, 

Akibatnya, gua form 2 gua dah tak pakai cermin mata sampai la gua abis sekolah. Sebenarnya gua punya rabun tak kritial pon. Cuma ada sikit rabun jauh dan silau. 

Tapi, sejak gua kenal computer sampai skarang, mata gua makin lama makin  sludge. Makin lambat untuk memberi tindak balas. Gua acap kali tersalah masuk simpang, juga tersasar ke garisan kuning kalau ada kereta depan angkat lampu tinggi. Sejak dari itu baru gua sedar yang gua memerlukan cermin mata. 

Nasib baik bila dah besor ni takde orang yang cakap gua nerd,anak mak bla bla bla bila gua pakai cermin mata. Kalau ada jugak, memang gua penerajang je. Bukan diaorang tak tahu yang gua ni jenis panas baran.

Cermin mata pertama yang gua beli adalah cermin mata kaler hitam ni. Cermin mata ni jenama Neff. Gua beli zaman neff ni belom naik pon. Gua kirim timi. Timi, alah timi yang takde lesen kereta tu?


Cermin mata ni bagusnya, tak mudah patah. Banyak kali jugak jatuh, tak termasuk yang terduduk dan terpijak. Berkualiti dan murah. Tak silap gua siap convert duit malaysia tak sampai RM100 pon. Ok la kan?

Dan hari ini gua rasa dah tiba masanya untuk gua biarkan dia berehat. Cukup lah 2 tahun perkhidmatan. Dia punya bingkai pun dah senget2 dan longgar. Terima kasih sebab banyak membantu selama ini. 

Tadi, gua jenjalan pasar karat. Jumpa pulak brader bundle jam yang kedai lama dia kat kotaraya tu. ingat lagi brader tu kat gua. Padahal gua pernah belikan jam untuk makwe lama kat kedai dia. Yang bagusnya kedai dia ni, banyak barang2. Rare selain baju dan seluar. Jadi gua berkenan kat satu frame kat kedai dia. Pun murah dan berkualiti. Bundle memang jarang menghampakan.


Monday, December 10, 2012

BBQ @Kombi.

Gua sebenarnya baru balik makan satay.
Kebetulan member gua Kay sms.
"chab, jom lepak Kombi, ada show malam ni"
Gua terus lincah lepak kombi.

Sampai kombi, gua tengok macam tutup, tauke kombi duduk luar dengan pintu separa bukak.
gua dah mula muskil. gua park kereta, gua masuk dalam.
ada dua brader tahan gua.
"Bang, masuk bayar"

Lah. bayar rupanya. ok la.. gua tak kisah pon..
"berapa tiket brader?"
"RM25 bang"
Terkujat kejap gua. selama gua lepak kombi, ada event apa2 sekalipun. tak penah pulak tiket sampai harga Gig besar.

Rupanya, event harini, bukak sekadar gig, tapi ada makan-makan.
silapnya gua dah makan tadi. Tapi apakan daya. gua makankan jugak.

Gig semalam gua tak tahu nama apa, yang gua tahu ada 16 band main.
antaranya Redemption, rocket to mecca, greenlove,akar kayu, roadstalk dan beberapa band yang gua tak tahu namanya apa.Event dalam flyers orang cakap start 4.30pm. tapi gua sampai masa tu 8.30pm. dan baru 1 band main.
inilah dia.. inilah dia simptom gig start lambat dah makin menjadi trend ni. gua ingat gig punk je macamni.

ROCKET TO MECCA 

SEAKAN BINTANG

ROOTSTALK

THE MIXED

REDEMPTION

GREENLOVE

TAUKE KOMBI

ABANG JAMBU

Saturday, December 8, 2012

PET FINDER

Memang gua minat binatang.
Dari kecik lagi gua dah dikelilingi binatang.
termasuk binatang bernama Abang.
jadi event2 binatang ni gua memang suka.
kebetulan Lyn atau nama sebenar dia Lindan hantor kucing dia masuk pertandingan.
tu yang gambar first tu gambo kucing lyn la tu. ada lagi sekor warna putih. kedua-duanya maintanance tinggi sama macam arwah kucing gua yang bernama panda nabila tu. kekwat sangat you olss..

Masuk kat event ni, mata gua kelabu tengok binatang-binatang comel. tak ketinggalan makwe-makwe comel. kalau la panda nabila masih hidup, sudah tentu gua akan dikelilingi makwe-makwe comel jugak. 

Kat dalam pertandingan ni, macam2 kucing atau anjing ada. dan macam-macam nama tuan dia kasi dia. paling berat nama yang gua dengar adalah Puteri Alisha Aamani yaini seekor kucing persian flat face, berat jugak nama tersebut untuk diberikan kepada seekor binatang seperti kucing. lebih sesuai nama tu letak kat nama anak sulung beliau. cilake sungguh.