Friday, December 7, 2012

Pengantin

Petang tadi petang paling tak best pada diri gua.

Gua sms pengantin.
"Marliani, saya nak double confirm. Malam ni jam 8 kan? Dirumah irfan?"

Irfan adalah pasangan pengantin gua pada tahun lepas, merupakan adik iparnya.

Jawap pengantin.
"zul, awak datang jam 8 ya."

Gua balas.
"baiklah! :)"

Jam 8 malam tepat, gua sampai bandar baru uda. Disinilah tempat dimana adik iparnya bernama irfan berkahwin. Disini la tempat dimana gua ambil gambar beliau. Ianya sekitar awal tahun lepas.

Gua call pengantin.
"sy dah sampai di rumah bandar baru uda. Macam sunyi je"

Pengantin menjawap.
"Hah! Bukan kat uda zul! Rumah saya di Taman Ledang!"

Gua reply.
"oh yeke, maaf. Saya ingat kat uda. Baiklah, beri alamat, 10minit saya sampai."

Dalam hati gua terdetik jugak. "alah, biasala nikah melayu, pak imam mesti datang lepas isyak. Tak penah dalam sejarah pak imam sengaja lewatkan azan"

Gua sampai rumah pengantin, gua nampak irfan. Gua tegur dan salam dia. Kami berbual. Gua tanya pada dia.
"Pak imam dah sampai?"
Dia jawap. "ehh? Ada kat dalam tu. dah habis akad nikah dah."

Laju betul peluh gua keluar. Time tu baru pukul 8:20malam. Gua berlari masuk ke rumah pengantin. Jantung gua terberhenti. Nafas gua laju. Gua dah terbayang benda buruk akan berlaku!!

Pak imam dah salam-salam seisi rumah. Termasuk gua. Terdengar bisikan para saudara pengantin menyebut2 nama gua. Gua panik. Muka gua dah macam takoyaki.
Gua terus salam pengantin lelaki dan memohon maaf diatas kelewatan. Dan mungkin gua akan spoil kan semua orang pada hari ini.

Setelah gua bertahu hal sebenar, nampaknya pengantin gua "ok". Gua taktahu samaada dia betul-betul ok atau tidak. Dari riak mukanya nampak happy sahaja. Maklum la, dah berumah tangga. Namun, dalam hati siapa yang tahu.

Gua rasa berslah sangat.Ini lah kali pertama dan gua harap kali terakhir kecuaian dalam diri gua. Dan gua harap tak akan berulang lagi. Maaf pengantin :(

Kat bawah ni anak irfan. Comel kan?tak sangka gua jurugambar yg ambil gambar emak dan ayahnya dulu.

No comments: