Tuesday, December 11, 2012

Cermin mata

Sejak berhenti kerja ni gua terlalu banyak sangat masa melalok kat rumah. Ini jenis self employed apa benda ni?

Cermin mata gua dah lebih 2 tahun tak berganti. Sedor tak sedor, dah 2tahon jugak gua pakai cermin mate ni. 

Sebenarnya, since gua darjah 6 lagi emak gua dah belikan gua cermina mata. Pada zaman tu, semua budak yg pakai cermin mata dikira sebagai budak nerd,anak mak, si manja dan lain-lain gelaran yang boleh buat gua panas hati kalau ada budak yang tiak gua dengan nama-nama macamtu, 

Akibatnya, gua form 2 gua dah tak pakai cermin mata sampai la gua abis sekolah. Sebenarnya gua punya rabun tak kritial pon. Cuma ada sikit rabun jauh dan silau. 

Tapi, sejak gua kenal computer sampai skarang, mata gua makin lama makin  sludge. Makin lambat untuk memberi tindak balas. Gua acap kali tersalah masuk simpang, juga tersasar ke garisan kuning kalau ada kereta depan angkat lampu tinggi. Sejak dari itu baru gua sedar yang gua memerlukan cermin mata. 

Nasib baik bila dah besor ni takde orang yang cakap gua nerd,anak mak bla bla bla bila gua pakai cermin mata. Kalau ada jugak, memang gua penerajang je. Bukan diaorang tak tahu yang gua ni jenis panas baran.

Cermin mata pertama yang gua beli adalah cermin mata kaler hitam ni. Cermin mata ni jenama Neff. Gua beli zaman neff ni belom naik pon. Gua kirim timi. Timi, alah timi yang takde lesen kereta tu?


Cermin mata ni bagusnya, tak mudah patah. Banyak kali jugak jatuh, tak termasuk yang terduduk dan terpijak. Berkualiti dan murah. Tak silap gua siap convert duit malaysia tak sampai RM100 pon. Ok la kan?

Dan hari ini gua rasa dah tiba masanya untuk gua biarkan dia berehat. Cukup lah 2 tahun perkhidmatan. Dia punya bingkai pun dah senget2 dan longgar. Terima kasih sebab banyak membantu selama ini. 

Tadi, gua jenjalan pasar karat. Jumpa pulak brader bundle jam yang kedai lama dia kat kotaraya tu. ingat lagi brader tu kat gua. Padahal gua pernah belikan jam untuk makwe lama kat kedai dia. Yang bagusnya kedai dia ni, banyak barang2. Rare selain baju dan seluar. Jadi gua berkenan kat satu frame kat kedai dia. Pun murah dan berkualiti. Bundle memang jarang menghampakan.


No comments: