Friday, February 15, 2013

TAKE A STAND 7

Aku dah lama tak pegi gigs yang sebenarnya.. entahla, sejak-sejak aku berenti kerja ni, pantang ada gig aku akan sampai.. tak kira lah gig kecil ke besar. yang penting have fun! sebenarnya "pergi gigs" bukan menthod utama untuk menjadi salah seorang "hadko/crust punk" macam sesetengah orang cakap tu. engko duduk rumah menulis macam din akor tu pon masih lagi crust walaupun berjiwa sentimental. Aku tak pegi gig pun, aku still usha-usha page orang-orang yang lain. Nak tahu apa perkembangan, nak tau apa band-band yang letup, atau pun kehidupan semasa bebudak scene yang jarang aku tahu kabar beritanya. Bukan apa, kat gigs ni la kebiasaanya aku akan jumpa kengkawan dan taulan yang paling utama. akan jumpa member2 yang dah bertahun-tahun tak jumpa, akan jumpa kawan-kawan baru atau lama. Kat gig, bukan sekadar layan muzik atau nak menempa nama sebagai "Budak gig". Tolong la ubah persepsi kolot tu. buruk perangai kau tau..

Gigs Take a Stand 7 mengetengahkan 1 band indonesia Matyr (bandung) bersama 3 local band I am, Chandeliers Ablaze dan Forever young. Bukan young and dangerous eh! So far aku sempat tengok 3 band terakhir je. Masing-masing memang sound best, mau tak best kalau dah amp Marshall Jcm dedua. drum pun sedap, band main mantap! Aku tengok sampai habis sesambil amek gamba tu. Memang aku takleh lekang dengan kamera tiap kali aku pegi mana-mana gig.

Masalahnya sekarang..

CROWD. ye crowd. Tak kisah ramai atau tidak gig tu, penuh atau tidak tempat atau venue. ini masalah CROWD. aku ingat lagi tahun 2003 atau 2004. Kat mana-mana tempat gig, crowd memang sangat sporting. Gaduh tu lumrah. Moshing terkena hidung sampai berdarah itu memang treadmark. Chaos, itu yang buatkan gig tu lagi mantap dan semarak! Tapi crowd yang aku lihat hari ni. macam tak semangat. Band yang datang dari jauh, dari bandung. terpaksa naik flight, tidur tak tau kat mana, main bersungguh-sungguh untuk hiburkan peminat. Tapi crowd nampak kaku. Macam takde perasaan. Aku kira, ada dalam tak kurang 10 orang yang mosh, tak sampai 5 orang yang headbanging dan yang lain cuma berdiri peluk tubuh. Mungkin itu nampak biasa bagi aku yang dah pun berumur, tapi akan nampak luar biasa bagi band yang datangnya dari jauh yang mengharapkan sambutan yang menggalakkan dari crowd disini. 

Entah la, mungkin scene hadko dulu dah tak sama dengan scene hadko sekarang. Aku lihat pon rata-rata pegi gigs cuma nak dengar lagu, dengar  maksud aku, cucuk earphone, pejam mata dan dengar lagu. itu rasa aku la. taknak tau apa mesej yang band tu nak sampaikan, apa motif band tu buat itu ini. yang mereka tahu, have fun and dapat gelaran "budak scene" dari rakan sebaya.  Ok aku taknak komplen sangat, nanti kang bila orang soal balik aku dah tak dapat jawap. Okbai.
I AM

MARTYR
CROWD YANG DAH PENCEN




4 comments:

Kc Kasedah said...

aku rugi tak tengok martyr!aaaaaaaaaaaaaaaa

Laserquest said...

kesian to those bands :/

Lynn La Loy リンダ said...

aku rasa kamen dengan minah ni ada tali persaudaraan lah..tak pernah lekang senyuman dibibir kan?

chubbyharusdirejam said...

kamen ni tunggu aku lempang dia baru dia nak buat muka ganas sikit agaknya.