Thursday, March 21, 2013

Hosmet



Hari pertama aku pindah rumah. 1bulan rumah tak ada tong sampah. aku beli tong sampah dan satu plastik besar plastik sampah hitam kedai RM2. aku letak tong sampah tu kat sebelah pintu masuk dapur. Sampah penuh. 4bulan straight aku tukang buang sampah yang dipenuhi dengan sampah sarap dari housemate yang punya bilik tapi tak mampu beli tong sampah. Aku fade-up dan harini aku ambil tong sampah tu bawa masuk ke dalam bilik. 8 jam lepas tu housemate aku jumpa aku.

"Chab, mana tong sampah?"

Aku jawap cara sarkastik.

"Tong sampah aku bawa masuk bilik aku. Kenapa?"

Housemate jawap.

"Ohh, i nak buang sampah ni."

Housemate masuk terus ke bilik aku, dan buang sampah ke dalam bakul sampah yang letaknnya dalam bilik aku. Dan keluar semula dan terus on pc sambil main judi bolasepak. Dan pc itu juga kepunyaan aku.

Aku berpeluh kecil dan mata aku nampak redup macam dalam komik anime jepun.

_____________________________________

Menetap dirumah baru, invironment juga harus baru. Itu bagi aku. Jadi aku beli langsir supaya rumah aku nampak sikit rumah manusia. Aku tak minta duit sesiapa untuk beli langsir. Kebetulan mak aku ada langsir belen-belen dan aku letakkan ke setiap penjuru rumah. Aku ada TV , dan aku ada pemain DVD milik rina aziz. Dia selalu lepak rumah aku, dan dia hadiahkan DVD player dirumah aku agar dia juga senang untuk menonton movie kegemaran.

Housemate balik. Bawa banyak DVD cetak rompak. Housemate layan DVD sambil baring. Setiap hari aku akan kemaskan DVD yang housemate tonton dan letakkan semua DVD itu kedalam laci pada rak TV. Di rak TV ada 5 buah laci. Satu aku gunakan untuk letak barang yang tak guna, dan harini 4buah laci itu telahpun padat dengan DVD yang dibeli oleh housemate yang amat gemar menjadikan DVD cetak rompak sebagai koleksi.

Harini, aku malas kemas tempat DVD. Mira datang rumah dan rimas dengan situasi tu dan tolong aku kemas semua DVD yang berselerak. Malam itu housemate balik.

"Chub, u nampak DVD kat atas rak TV. DVD tu i beli semalam tetapi belum sempat tengok"

Aku jawap cara sarkastik

"Entah, kucing main kot"

Housemate jawap

"Oh, patut la DVD i banyak hilang"

Selama housemate duduk rumah ni, dia tak sedar pun DVD dia semua aku letakkan dibawah rak TV. Dan dia percaya, DVD yang dibelinya hampir 100pcs semuanya hilang disebabkan dua ekor kucing.

____________________________________

Aku sakit-sakit badan tengok TV sambil baring. Aku cadang nak share dengan housemate beli sofa murah kat tepi banggunan Mydin.

"Lingdan, jom donate bela sofa"

Housemate jawap

"Nak beli sofa ke chab, macam tak payah je"

Aku tanya lagi cara sarkastik

"Oklah, tak payah beli sofa. Donate beli carpet je, atleast boleh baring-baring tengok DVD"

Housemate jawap

"Tak payah la chab, macam membazir je"

Aku berpeluh lagi. Aku pergi bundle malam tu. kebetulan ada carpet murah kat big bundle Taman Johor, aku beli dah letakkan depan TV. Malam itu aku keluar bilik, housemate tengah baring depan TV sambil pekena Nescafe panas layan cerita hantu mak limah DVD rip. lepas satu cerita, dia tukar cerita lain. Aku peratikan je. Kemudian aku lekas-lekas masuk bilik dan tumbuk-tumbuk bantal sampai kekabunya semuanya diterbangkan angin.

_____________________________________

Aku kerja nak disiapkan. Banyak gambar pengantin yang perlu aku edit.
Housemate tekan bell menyuruh aku buka pintu. Aku bukan pintu dan housemate belikan aku air teh hijau jenama pokka. Aku senyum dan ingin sambung kerja semula. Housemate menyapa.

"Chab, pinjam pc kejap, i nak buka internet kejap"

Aku angguk-angguk dan meneguk air.

Selang setengah jam, aku mendapati housemate bermain dota. aku menyapa housemate. Aku nak pakai pc semula untuk sambung kerja. Housemate bangun dan berdiri sebelah aku sambil hisap rokok.

30minit sudah berlalu, housemate masih berdiri menghadap sebelah aku dan bakar rokok.

Aku jeling, kemudian aku bangun dan dia cepat-cepat duduk dan sambung main dota. Aku masuk bilik dan tumbuk-tumbuk bantal. Tapi kali ni kekabu bantal dan tak ada lagi.

_____________________________________

Sekarang aku sedar. Apa yang aku buat semuanya salah. Sepatutnya aku tak patut letakkan Tong sampah, TV, DVD dan PC kat ruang tamu. Dan aku sedar aku jugamemiliki housemate yang salah.

6 comments:

faizal abd fathi said...

aduii... nak gelak ke atau simpati...dua dua bercampur aduk ni...bila baca post ko... terbaik.

Kc Kasedah said...

tak salah kau cakap terus terang dgn dia. dia kan manusia, bukan binatang. apa kau cakap tentu dia faham. sabar lah cabi

Laserquest said...

yikes ! minta dijauhkan dari semua ini

gabanMorka said...

aku rasa jenis manusia macam ni memang ramai sebab rumah aku pun ada spesis ini juga. blerghhh

Lynn La Loy リンダ said...

itulah kalau kau jadikan aku hosmet ko aku takkan kacau pc, dvd, karpet, tilam, rokok, tv, karpet..sebab aku ada semua tu..

ini lah masalah hosmet kau kalau just bayar sewa rumah tapi dia anggap sekali full furnished!!

pakcik ijan a.k.a bukake instructor said...

hahahahaha..tegelak akuu...first time baca blog ang ni..seriuss shittt best...mcm sial...