bukan sebab ape. sebab gua suka jugak tengok budak main skate.
tapi gua tak boleh main.
bukan tak bole ok!
cuma tak seimbang je skate tu dengan fizikal lelaki eropah macam gua.
lagi satu, gua ni jenis panas baran dan cepat mengamuk.
gua bimbang gua smash skate tu kat lantai bila skill tak menjadi.
event skatecomp ni edi nursal yang buat.
blood, bestie, rakan karib, sama alat kelamin dan senang cerita bff bak kata budak budak perempuan.
jadi, gua sapot event kawan2.tak kisah la ape jenis event, even masak-masak atau main sembunyi ibu pon gua boleh join. gua jenis takde hal punya. asalkan kawan-kawan gua happy, tak sawan babi, itu dah memadai bagi gua. pernah juga gua mempunyai kawan yang menghidap penyakit cacat mental. itu pun gua still boleh in to.
kepala bana lah.
gua sebenarnya daripada Bandar dato onn. perumahan orang kaya., cewah.
gua ambil gambo pengantin kat sana. pengantin sempoi. tapi yen macam kaver2 je nak ambil gambo.
gua kena bekap yen sikit2. tapi gua tengok yen dah semakin mahir.
stroke2 dia pon kalah photographer saipul nang atau trisno quartis. bagus. ada peningkatan.
jadi gua banyak kacau2 sikit2 je.
balik pon jam 5 lebih kurang. gua terus pecut pegi taman mawar skatepark.
tak ramai orang. acara pon gua tak paham. entah ape tah dieorg ni buat untuk kumpol point.
memang la gua tak paham. sebab gua rasa ini kali pertama gua tengok skate comp.
jadi gua agak blur2 lah kan. aduhai pun.
tapi bila tengok lama-lama macam syok juga.
geram jugak kaki ni nak main.
kebetulan gua pakai kasut skate pada masa tu.
bukan sengaja! gua mmg suka kasut skate sebab selesa dan tak panas.
macam ringan je jalan.
acara sampai lebih kurang pukul 10 malam. macam2 acara ada. budak2 pon masing2 dah tekehel kaki, tulang lutut bergalih, kepala retak, alat kelamin bengkok dan macam2 lagi. tapi dieorg kental! kental sebab minat yang mendalam! bravo! ada bbq pulak lepas tu. pehh..
rata-rata pemakin skateboard kesemuanya kurus2. kalau skateboard mmg boleh menguruskan badan, satu hari nanti gua nak cuba juga. hehehe.
apepun, syabas untuk Edi dan teha dan kengkawan yang ada antaranya gua kenal.
syabas atas kejayaan anda semua. gua harap acara-acara seperti ni terus ada kat JB ni.
JB ni dah tak macam dulu. dah tak macam era kejatuhan ekonomi dulu. dan tak macam zaman dunhill 7 batang. dan takde dah zaman tu. gua harap, kita sebagai anak muda zaman skrang. menaikkan semula scene2 sebegini utk tatapan anak cucu kita akan datang. pehhh..gilebabi ucapan gua.
cuaca cantik. biasanya pepetang hujan. maybe diaorg doa tolak hujan.
Tak ramai makwe yang hadir. kebanyakkannya isteri orang.
ini syafik sarkawi, abang kepada tyha sarkawi. kira abang ipar edi nursal
Bekas johan pemain papa luncur wanita area senai-saleng.
rambut brader ni gua saspek rambot palesu.
ini dia orang kuat majelis. edi nursal.
amboi..seri langka. amboi..seri langka..
turut dijemput khas. pro skaters dari bangladesh. prakash dan isteri shiva.
antara pemain yang cedera berat iaitu urat peranakan gagal fungsi. dikejarkan ke klinik desa pasir gudang
ada juga angsa di skatepark ni.
mamat baju putih ni sebenarnya tattoo penuh. jeles gua tengok. jadi gua kaburkan sikit badan dia.