Monday, April 9, 2012

arim..arim...

dari satu satu sudut, manusia berhak membuat keputusan sama ada dia nak mahu jadi manusia ataupun haiwan.
amboi, kasar pula bahasa itu.
bukan lah..
sila dalami betul2.
jangan mudah melenting bila baca satu rangkap ayat sinis.
maksudnya, manusia ada 2 pilihan, mahu jalani kehidupan supaya lebih elok.
atau jalan kepada lebih teruk.

Mungkin, semua pendapat orang sekeliling kau ajuk
sebab, kau rasa kau manusia pilihan pertama.
dimana kau nak semuanya berjalan dengan elok.
tak ada rukun, tak ada simpang, tak ada jari telunjuk.

tapi, kau lupa. kadang2 jalan yang kau pilih tu tak seelok yang kau rempuh.
kau paham tak? jadi, mungkin sebagai teman yang baik, aku kawan yang karib atau orang yang memang ada disisi kau mahu kau jari teruk dan kemudiannya elok.

teruk bukan lah terlalu teruk.
mungkin kau sakit telinga dan hati remuk.
namun, mungkin beliau nak kau jalani hidup normal yang kau anggap teruk, baru menemui jalan yang lebih elok.

yang ,aku tahu apa yang kau rasa macam sakit sikit daripada biasa.
sebenarnya aku bukan apa. perkataan ikhlas kalau disebut banyak kali akan jadi tak ikhlas nanti.
jadi aku rasa jalan terbaik adalah diam tanpa sebutir bahasa.
aku diam, tapi aku risau.
aku bercakap dalam laman tertentu.
tak bertujuan pun menyuruh kau baca.
aku cuma nak kau fikir .
bukan menyuruh kau baca.
blog ini pon, aku tak nak kau tau penulis nya adalah aku.

mungkin silap aku. aku takl patut tahu apa harta dalam hati kau yang selama ni kau sembunyikan dari aku.
sejak aku membaca tu, aku rasa aku memang seorang yang memalukan.
sebenarnya kau tidak rasa apa pun.
cuma aku yang lebih-lebihan.

yang aku cuma nak buat kau seperti kawan karib ku.
maksud aku, aku tak kisah bagaimana masa silam kau dulu.
aku tak kisah betapa busuk hidup kau dahulu.
cuma aku nak kau senyum selalu.
tapi nyatanya kita makin jauh. sebab arus kemajuan dan kepesatan kau yang mungkin membuatkan kau lupa aku.

satu hari, aku terima juga nanti.
satu hari, aku akan rindu kau kembali.
satu hari, aku akan lupa apa kau cakap tempoh hari
satu hari, kau akan sipi sipi ingat juga apa aku bebelkan ini.
kau mungkin bukan orang penting yang patut aku sibukkan.
tapi aku sengaja sibukkan sebab kau amat berlian.

yang, aku tidur dulu.
selamat malam.

No comments: