Thursday, April 12, 2012

P.E.S.T.A

7 april 2012.
Pentas Seni Teks Alternatif.

Pesta Buku.
ini julung-julung kalinya diadakan kat johor bahru.
bagi gua scene baca buku ni dah semakin lenyap.
bukan gua cakap orang la, sebenarnya gua sendiri pon sama.
gua rasa last gua baca buku adalah buku diary sendiri.
dah lama betul tak beli buku, dan baca.
zine pon paling last gua beli zine din akor. #Roots

Pesta buku atau nama panjangnya "PENTAS SENI TEKS ALTERNATIF"
dikelolai untuk Garam, Fikri kacak, Tok rimau dan rakan-rakan pena yang lain.
gua pun tak tahu sangat nak sebut korang dari label apa dan apa sebab gua sebenarnya baru kenal korang semua. Tok Rimau mungkin agak lama sedikit je.

Ramai juga crowd yang hadir hari tu. jualan buku-buku dari Buku Fixi, Gobok buku dan yang lain lain nampaknya mendapat sambutan. Semoga scene buku-buku DIY tempatan terus utuh dan wujud sampai bila-bila.

aktivi seni ni dibuat di Kombi. alah, Kombi nasi lemak yg dekat setia tropika tu. tapi skrg dah buka kedai yang betul betul proper kat Jalan tun sri lanang. boleh google lokasi kedai dia nanti. nasi lemak dia hebat, harga rasanya lebih murah dari Cafe-cafe sekitar tu. and agak cool tempatnya.





so dalam Pesta Buku ni,ada macam2 aktiviti macam pemestasan filem-filem dari Lajen,and ada dua tiga lagi movie yang gua lupa sape penerbit dia. lepas tu ada review Buku-buku, acoustic dan lain lain lagi.ecely ni kali pertama gua in-to scene2 macam ni. so benda baru bagi gua.kalau nak tahu lebih lanjut boleh buka link SyedSyahrul.and gua tiba-tiba kena bagi penerangan pasal buku gua #FREECABI tu.
sebenarnya gua amat awkward, tapi atas desakan member-member gua, gua pergi jugak.

Gua ni mat metal, mat metal memang  janggal berhadapan dengan makwe-makwecantik.
secara automatiknya gua terasa nak kencing.

Hujah gua agak hambar, tersangkut-sangkut, dan mungkin agak bosan sebab gua jenis memang tak banyak bercakap dikhalayak ramai. nasib la sape yang invite gua tu.
senang cerita, gua gugup. bila tengok video sendiri, gua rasa gua memang bukan budak-budak yang boleh jadi Emcee sukerela. malu ittew. kah kah kah.

tapi lantak la, apepun at least gua happy sebab ramai yang beli buku gua pada hari tu. maksud gua, Buku #FREECABI. bukan buku gua. buku tu gua tweet je, yang tulisnya abang kacak kite. Fikrikacak. bukan cabi kacak, cabi tampan atau cabi jelita. bukan dan bukan.

apepun., salute kepada Garam,Fikri,Tok rimau yang menjayakan Pesta Buku ni. cayok!


No comments: