Sunday, March 17, 2013

Catch No balls!

             

 Kawan ni, ada jenis yang memang boleh pakai. ada jenis tak boleh pakai lansung. ada jenis boleh pakai sikit-sikit, ada jenis boleh "pakai" pon ada. ada jenis meman macam pakaian, hari-hari bertukar. Dia sebenarnya susah nak ungkap guna bahasa cover line ni. Senang cerita macamni la. ada jenis kawan yang baik, ada jenis kawan yang pundek. Kawan yang baik ni nak carinya senang, kadang-kadang berkawan dua tiga hari pon dah leh jadi baik dah. kadang-kadang tak pernah jumpa, kenal kat twitter, pon boleh jadi kawan baik jugak. Cuma, baik dari segi macamana tu kita nak kena tahu tu.

              Aku bukan cakap aku ni jenis kawan yang baik sangat lah. Cuma aku jenis tak suka masuk campur sangat urusan-urusan kengkawan aku yang lain, lebih-lebih lagi yang melibatkan privacy setting. Aku pun secara sedar atau tidak, ada juga mengumpat kengkawan yang lain. What goes around comes around. Masalah yang aku hadapi sekarang ni adalah kawan yang mengumpat lalu menimbulkan fitnah pada diri orang lain. ini yang masalah. tapi masalah macamni rasanya aku dah hadapi zaman aku bebudak dulu. zaman tu sikit2 nak gaduh mulut. sikit-sikit nak bertumbuk. tapi itu dulu..

              Aku ni umur dah 27 tau. Aku dah tak suka sangat ambil port benda-benda remeh temeh. lagi-lagi pembawakan mulut ke mulut yang lama kelamaan menjadi satu batu penghalang dari sesuatu kepada sesuatu.  Catch no balls bak kata heh samer. Kalau kita rasa matang, uruskan cara baik. berbincang atau bertanya. Pada aku itu lagi elok dari sarkastik macam orang lain takde rupa. Berhujah sana sini macam orang lain takde diploma dan degree. lagi baik sesuatu itu diuruskan dengan cara yang lebih baik dan professional.
Kamon, Orang sulu dok tengah sibuk susun strategi nak serang malaysia. kita orang malaysia ni tak habis-habis nak tumbangkan antara satu sama lain. Mana pegi ironinya?

            Sebenarnya aku penat ni. Penat hari-hari basuh najis kucing. aku rasa dah tak larat. Sesiapa yang forever alone nak bela kucing sila roger aku. Sekor anak dan sekor emak. kena ambil dedua. Aku nak bela seekor je. Boleh tinggalkan pesanan di kotak komen.

Muah muah.

1 comment:

nabihah said...

aku pon same chubby. ari2 bash najis kuceng.