Sunday, March 25, 2012

POTONG JAMBOL.

Sebenarnya gua agak awkward dengan kenduri potong jambul.
memang gua tak pernah potong jambul pun sejak dari kecil.
gua tengok gua ok je even gua tak potong jambul.
sebenarnya amalam memotong jambul ni ada kt kaum melayu je.
gua tak pasti dalam hadith atau mana2 ada ke tidak potong jambul ni.
tapi benda ni agak asing bagi gua.

Mira ajis mengajak gua untuk pergi kenduri potong jambul anak sedara belah bapak dia punya abang tiri punya adik.
memang panjang salasiah kekeluargaan dia.
bertempat di kampong puteri penat kat sempadan dari pekan kemunting nak ke warong saga.
ahh pedulikan tempat tu. lu tak perlu tahu la kt mana sebab gua pun tak tau alamat dia sebenarnya.

Gua banyak sangat ambil gambar wedding, jadi gua saje je nak test ambil gambar potong jambul.
tengok macamana pegi dia.
rupenye takde la lama sangat potong jambul ni. just ada bacaan yassin, doa dan alfatihah kepada yang tiada, lepas tu bayi tu dikendong dan dibawa pusing satu rumah.
pastu sanak saudara yang nak potong jambul bayi tu boleh potong la..
mula 2 gua pelik juga kenapa mesti kena letak minyak dalam mulut budak tu.
berkolestrol la bayi tu nanti.
tapi maybe memang ini amalam potong jambul tu agaknya.
kaedahnya senang, mana rambut yang panjang, rambut tu la yang di potong.
simple, settle.
gua tak tau kenapa mak gua tak penah potong jambul gua dari dulu.
selamat gua dah berkhatan.



kenduri potong jambul juga adalah langkah untuk mengerat kasih sayang suami isteri serta anak, serta memupuk sifat toleransi antara keluarga. semoga bahagia.

Friday, March 23, 2012

Markéta Irglová

gua mungkin seorang yang agak kejam.
gua mungkin seorang yang amat keji.
gua mungkin seorang yang amat tidak suka diarah.
gua mungkin seorang yang mudah kasihan.
gua mungkin seorang yang penyedih.
gua mungkin seorang yang tidak berperikemanusiaan.
gua mungkin seorang yang tidak jujur.
gua mungkin seorang yang tinggi diri.
gua mungkin seorang yang curang
gua mungkin seorang yang tidak begitu lelaki.
gua mungkin seorang yang teruk
gua mungkin seorang yang tidak mempunyai ibu bapa
gua mungkin seorang yang lupa siksa neraka
gua mungkin seorang yang melupai jasa orang tua-tua.
gua mungkin seorang yang pretander
gua mungkin seorang yang facist
gua mungkin seorang yang tidak mulia
gua mungkin seorang yang pandai cakap je.

itu semua terpulang pada sesiap yang ingin discribe gua apa.
terpulang.

SELESA JAYA

Bila diselaraskan dengan betul.
dikaji dan disoal selidik.
gua rasa ramai antara kita yang dah pergi terlalu jauh.
jauh sangat sampai lupa kat mana kita berdiri.
oh ye, gua lupa kasitau apa benda.

ada makwe? pakwe? skendel? teman sebilik?
gua pun ada. cuma tu lah. gua tak berapa selesa.

hmm. itu je.


SEJARAH PERADABAN MANUSIA DAH GOYAH.

Sejarah peradaban manusia dah semakin berubah.
dah semakin pelik.
dah semakin tak tentu arah.

gua memang cukup marah bila :

+Dulu sxc sekarang gila mekdi
+Dulu tak hisap rokok, sekarang dah macam tak boleh putus rokok
+Dulu sembahyang cukup, sekarang minum arak.
+Dulu setia, sekarang kaki perempuan
+Dulu cakap girlfriend , sekarang dah jadi Gurlfwens. kepala bana.
+Dulu skema becermin mata, sekarang dah pandai hidu gam,hidu tahi lembu, hidu abu mayat.

celaka. kenapa mesti sekarang nak berubah semua tu? sekarang. Maksud gua SEKARANG.
Tolong teliti sikit pembacaan tu.

Dulu,Zaman gua sekolah menengah. tanpa bimbingan keluarga. tanpa bimbingan teman wanita.
macam-macam kes gua buat kat sekolah.
minum arak, kantoi..
skodeng kat toilet wanita. kantoi..
hisap rokok. kantoi..
amboi lu lah pengawasnya.
yang kantoikan.
sekarang apa cerita brader?

jadi. kita tak tahu apa akan jadi akan datang.
tapi seriuslah, gua terus tak suka perubahan bodoh lu ni.
nak kata ada masalah keluarga, mak bapak lu sikit punya sweet couple.
tiap2 bulan masukkan duit. tak keje mak tak bising.
makwe kiri kanan.
tapi bangang.

eh entah la. gua mengumpat lu ni. harap2 lu terasa.

Sejarah peradaban manusia dah semakin goyah.
gua harap ada pihak yang perasan benda ni.
dan gua juga.

Tuesday, March 20, 2012

Wednesday, March 14, 2012

ini kakak gua, percaya atau tidak kakak gua sudah berusia 41 tahun dan memiliki 10 orang anak?






gua tak suka tulis blog.

gua paling tak suka tulis blog.
sebabnya, bila gua tulis blog, gua susah nak berhenti menaip
gua rasa macam stim pula bila pegang keyboard.
stim dia tak macam baru lepas inzal, cuma stim menaip dengan laju tanpa typo.

ecely gua pernah diinvite jadi typer kat satu agensi pelancongan johor.
gaji basic rm750, ada alaun makan Rm70 dengan kenderaan RM200.
tapi tula, gua takde lesen kan. jadi gua macam jual mahal.
lepas tu skrg menyesal sendiri.

itu saja.

gua tak suka tulis blog.


Monday, March 12, 2012

IDOLA KECIL


gua dah lama sangat tunggu thrash tua ni punya gig.
gua rasa hampir 15 tahun gua "kenal" band ni.
baru in first time gua dengar gig atau lebih sesuai guar gelarkan konsert dari dia.
julung-julung kalinya mempersembahkan!


ye, cromok. satu band thrash metal tanah air paling awal yang gua dengar.
gua rasa, dulu gua penah review kenapa gua masih stick dengan band ni.
walaupun gua dah semakin ke arah crusty punk poser, tapi gua tetap ingat pada yang lebih "tua". memang dia bukan pioneer macam led zappelin,black sabbath, megadeth, metallica tapi dia first metal band yang menjadikan gua seperti sekarang. gua akui, sebelum dengar cromok, gua juga layan scoint,screen,budak kacamata dan kumpulan spoon. bastet.

1st album yang gua dengar masa tu gua baru darjah 4 sekolah kebangsaan tenggaroh timur 1.
gua curi kaset abang member gua. gua tak tau kaset ni kaset apa.
cuma gua berminat untuk lukis gambar unicorn kt cover kaset tu je. kaset tu 1st album yang boleh dianggap demo yaitu album image of purity part 1.

first gua dengar lagu dia, gua terdetik "apebende mamat ni nyanyi ni!!"
second gua dengar lagu dia, gua rasa "peh,sedap gila drumm dia"
third gua dengar lagu dia, gua teruk feel layan scalling pentatonic dan appregio Karl (ex-cromok as known as D'cromok since 1998).
dan hari-hari seterusnya gua terus "ketagih" thrash metal.
start dari album pertama, gua terus mencari kaset-kaset dan album-album cromok yang lain.

setiap hari jumaat, kampung gua ada pasar malam. kat situ memang berlambak orang jual kaset.
dan 1st album cromok yang gua beli sendiri berasal dari pasar malam.
kaset tu jenis kaset dubbing yang harga dia rm5.00 sahaja.
balik pasar malam gua kena bantai dengan abah gua sebab abah gua kasi RM5.00 suruh beli kebab tapi gua beli kaset semata-mata.

gua rasa macam bersalah pulak beli kaset cetak rompak, padahal gua kena support original sebab gua seorang yang sangat pentingkan kualiti bunyi. bayangkan bunyi dabel padel pada kaset dubbing? dengar pon sipi-sipi je brader! mana puas!!

album yang lainnya, semua gua beli original. puas gua bila dengar karl punya solo, puas gua bila dengar sam punya bas, dan dabel padel dari miji. memang puas dan inzal.

jadi, ini adalah peluang gua untuk lihat sendiri idola gua dari kecik sampai sekarang.
biar la ada konsert paramore, prodigy,anna rafali, a to z ke apebende gua tak pegi, tapi konsert ni gua wajibkan diri gua untuk hadir.

terima kasih pakcik sam,miji dan sessionist hillary ang.
ex-cromok Din,Karl.
terima kasih banyak2.
jumpa 8 april ni.
gua nak sing a long lagu maram perapu kepunden maram sekeper!

lebih info tentang band ini? sila rujuk sini ODAHONE

Sunday, March 11, 2012

CEPAT MARAH

gua baru balik rumah.
macam biasa, bila gua turun motor je gua akan pegang hp.
kendian ada makwe philiphine lalu depan gua.
gua pura-pura main sms sedangkan gua saje je nak berenti kt situ.
gua angkat2 kenin kt makwe philiphine tu.

gua naik tangga.
gua dengar ada suara lelaki membebel-bebel.
risau juga gua, mana la tahu telinga gua tak boleh bezakan suara mengilai dengan membebel.
seram juga.

sampai tingkat satu,
gua nampak sorang pakcik.
sah la pakcik ni tadi yang membebel!!
gua tarik nafas lega. gua kesat hingus sikit.

pakcik tadi panggil gua.
"bro,bro.. tolong aku ambil kunci jap beroo"
"mana kuncinya pakcik?"
"tu, kat tepi tangga tu"

gua heran jugak. ape kejadah pakcik ni kat dalam rumah, kunci dia pulak kt tangga.
ape kejadah ni.
gua ambilkan la kunci tu. gua pass kat pakcik
"macamana kunci pakcik kat luar padahal pakcik kt dalam?"
pak cik tu tak endahkan gua.
dia masih membebel..
gua lost.

rumah pakcik tu betul2 berhadapan dengan rumah gua.
sampai pintu depan rumahm gua buka gate.
pakcik tu panggil gua lagi.
dia suruh gua bukakkan pulak.

GUA NAIK BERANG.

"tadi suruh ambilkan kunci! skrg suruh buka pula!"

di gengaman pakcik tu plastik merah.
dalam plastik merah tu ada macam cecair.
gua perati betul2 plastik tu.
gua menyumpah.
BABI.
PAKCIK NI ISAP GAM.


Thursday, March 8, 2012

MORRISON

cerita dia macam ni.
ada sorang lelaki tua, pegang tongkat..
sorang perempuan tua, papah lelaki tua yang bawa tongkat tadi.
duduk kedai makan.
table sebelah gua.

perempuan tu lapkan peluh lelaki tua.
" takde la jauh mana maknya, mydin ke kedai umi ni..."
"ahh bapaknya, memang tak jauh la.. kenapa..."
"takde la maknya, baru berapa tapak berjalan dah berpeluh..."
"sabar la bapaknya, dah tua dah kita.. biasa la tu.."
"eh, saya ingat umur saya baru 36..."
"apa lah awak ni!"
masing2 ketawa-ketawa kecik.. tangan si perempuan tua tu tak lepas pun gengaman kt tangan si lelaki tua..

aduhai sweet betul dia orang ni.

balik tu, gua terus buka lagu james morrison. bukan jim morisson, tapi james morrison.
pieces dont fit anymore.
takde kena mengena sebenarnya lagu tersebut dengan pakcik tu.
tp gua dengar lagu ni sampai gua teringat pakcik dan makcik tu.
jaga diri ya pakcik dan makcik .


Wednesday, March 7, 2012

Sunday, March 4, 2012

i bought this. :)

Nikon L35AD / Nikon L35AF

Nikon L35AD

Specification :
  • 35mm film camera
  • Lens: 35mm f/2.8 with autofocus from 0.8m to infinity. It had 5 elements in 4 groups. 46mm filter thread.
  • Exposure: Fully automatic, range EV 6 (f/2.8 at 1/8 sec.) to EV 17 (f/17.5 at 1/430 sec.) with ASA/ISO 100 film
  • Film Speed Range: ASA/ISO 50-1000.
  • Features: Integral flash.
  • Power: two AA alkaline batteries.

Saturday, March 3, 2012

DILOKAPKAN JANJI.

"GUA BERAK, KENGKAWAN TENGOK,
KENGKAWAN BERAK, GUA TENGOK.
TANDAS LOKAP MANA ADA PINTU!"

#DILOKAPKAN JANJI. 17HB MARCH 2012. RM5.

TWITPAPJOHOR

tak banyak boleh diceritakan tentang #TwtupJohor ni.
yang gua tahu, gua lebih suka tulis #TwtupJohor dari #TwtupJOHO.

sebenarnya gua join event twtpap ni bukan sebab car boots sales or ape.
ecely gua ingin jumpa rakan2 twitter gua.
kalau zaman ym dulu kan ada gathering bagai.
zaman skrg mana ada orang sangat kat chatroom tu.
kalau ada pon semua dah bajek "otai" konon2 bill gates cipta room YM tu bapak dieorg.
so, apa lagi pengganti YM kalau bukan Timeline Twitter.

ecely yg join tu bukan semua ada twitter, ada sorang dua kastemer gua tu tanya juga apa itu hashtag dan timeline. gua sengih je.

gua jual SLR dan Kamera2 film lama2. saje je gua open booth tumpang saudagar garam.
pada mulanya gua cuma mahu penuhi aktiviti gua dari gua duduk rumah lebih baik gua buat aktiviti berguna.

tkde kastemer pon yang beli kamera gua,tapi ada juga org yg beli pre-sales utk gig art of noise vol2.and ada satu mamat singapore booking satu shanghai dengan rollei 35s. itu pun atas tujuan collector bukan utk guna.

Penulis menurunkan tandatangan kepada peminat.

"sayang anak abah"

awek tengah tu gua sbnarnya kenal, cuma lupa nama dia siapa.

juga ada main lego. dah lama tak jumpa benda ni.
Inilah kamera-kamera lama yang gua jual. meskipun murah nilainya, tetapi tinggi tarafnya berbanding kamera digital yang lain.


ada gig juga. ini band the mixed. pop ala the libertines.

anip ni ramai exgf mat salleh. jangan main2.

cuaca hangat2 juga. selamat tak hujan.

ini lah booth yg gua meniaga. yg kecik tu je ada kamera2 tu.

gua tak tau sape punya kerja ni!!!

ini saudagar garam, pencinta buku-buku dan novel tempatan.



Thursday, March 1, 2012

gua bukan into sangat scene politik. serius. gua cuma bagi pandangan dari sudut "anak muda"

Anak muda rakyat malaysia sering menganggap politik ini semua sama.Tiada kejujuran dan keikhlasan untuk bantu rakyat. Persoalannya wajah dunia politik kita ini tidak pernah mengalami perubahan selama 54 tahun. Bagaimana ditafsirkan parti politik ini semuanya sama jika hanya satu parti sahaja yang memerintah negara pd masa kini. Beri peluang kpd parti lain utk membuktikan mrk juga layak memimpin negara ... Apa macam?
· · · · Wednesday at 21:09 via BlackBerry ·
  • 2 people like this.
    • Mohd Zaman Din Anak muda hanya menyokong parti dlm masa yg singkat....hanya melalui info2 di Internet yg bnyk memutar belitkan berita yg benar, lebih tepat iaitu fitnah.....kami yg veteran lebih mengetahui tentang selok belok perjalanan politik....kalau pembangkang tu betul, dah lama kami menyokong pembangkang x payah 54 thn BN memerintah....
      3 hours ago ·
    • Amirul Akmal Masalahnya parti pembangkang ini telah menjadi kuat dan kukuh pada masa kini ..bukan masa dulu Kalo pembangkang kuat 20 tahun dulu dah lama dah bn berkubur ? Ini zaman anak muda bukan untuk orang yang ketinggalan zaman .. Apa macam ?
      2 hours ago ·
    • Mohd Zaman Din
      Setiap berlaku gerakan atau demonstrasi pasti berlaku kekecohan atau rusuhan...oleh itu kerajaan mengambil tindakan wajar utk membendung segala aspek pergaduhan atau anti perkauman....sama juga ngan akbar, setiap kebebasan bersuara pasti dipantau kerana akan berlaku hasutan....jikalau pemerintah lain 'ditukar' perkara yg sama akan berlaku.....anda Anak2 muda seperti mahu kaya cepat.....menukar kerajaan, anda akan senang lenang...tidak mahu berusaha.....
    • Chubbyharus Direjam sampai bila kita nak terus sebagai negara berhiraki? yang bagusnya, anak muda zaman sekarang rajin mengkaji, dan mempunyai pelbagai unsur kajian. anak2 muda sekarang tidak lagi buta-buta di mind set kan oleh media. saya tak cakap party ini betul, party ini salah. bagi saya jika sesebuah organisasi atau party itu betul. tidak ada pihak ketiga,keempat dan kelima. maaf jika ucapan saya agak kasar untuk "warga tua" macam awak . anyway thnks for the same and lame info :)