Saturday, March 3, 2012

TWITPAPJOHOR

tak banyak boleh diceritakan tentang #TwtupJohor ni.
yang gua tahu, gua lebih suka tulis #TwtupJohor dari #TwtupJOHO.

sebenarnya gua join event twtpap ni bukan sebab car boots sales or ape.
ecely gua ingin jumpa rakan2 twitter gua.
kalau zaman ym dulu kan ada gathering bagai.
zaman skrg mana ada orang sangat kat chatroom tu.
kalau ada pon semua dah bajek "otai" konon2 bill gates cipta room YM tu bapak dieorg.
so, apa lagi pengganti YM kalau bukan Timeline Twitter.

ecely yg join tu bukan semua ada twitter, ada sorang dua kastemer gua tu tanya juga apa itu hashtag dan timeline. gua sengih je.

gua jual SLR dan Kamera2 film lama2. saje je gua open booth tumpang saudagar garam.
pada mulanya gua cuma mahu penuhi aktiviti gua dari gua duduk rumah lebih baik gua buat aktiviti berguna.

tkde kastemer pon yang beli kamera gua,tapi ada juga org yg beli pre-sales utk gig art of noise vol2.and ada satu mamat singapore booking satu shanghai dengan rollei 35s. itu pun atas tujuan collector bukan utk guna.

Penulis menurunkan tandatangan kepada peminat.

"sayang anak abah"

awek tengah tu gua sbnarnya kenal, cuma lupa nama dia siapa.

juga ada main lego. dah lama tak jumpa benda ni.
Inilah kamera-kamera lama yang gua jual. meskipun murah nilainya, tetapi tinggi tarafnya berbanding kamera digital yang lain.


ada gig juga. ini band the mixed. pop ala the libertines.

anip ni ramai exgf mat salleh. jangan main2.

cuaca hangat2 juga. selamat tak hujan.

ini lah booth yg gua meniaga. yg kecik tu je ada kamera2 tu.

gua tak tau sape punya kerja ni!!!

ini saudagar garam, pencinta buku-buku dan novel tempatan.



2 comments:

Nina Juhari said...

saya perlu bantuan anda untuk menympaikan sesuatu kepada seseorang . . .. kalau anda tidak keberatan :)

chubbyharusdirejam said...

ya apa ya???