Monday, March 12, 2012

IDOLA KECIL


gua dah lama sangat tunggu thrash tua ni punya gig.
gua rasa hampir 15 tahun gua "kenal" band ni.
baru in first time gua dengar gig atau lebih sesuai guar gelarkan konsert dari dia.
julung-julung kalinya mempersembahkan!


ye, cromok. satu band thrash metal tanah air paling awal yang gua dengar.
gua rasa, dulu gua penah review kenapa gua masih stick dengan band ni.
walaupun gua dah semakin ke arah crusty punk poser, tapi gua tetap ingat pada yang lebih "tua". memang dia bukan pioneer macam led zappelin,black sabbath, megadeth, metallica tapi dia first metal band yang menjadikan gua seperti sekarang. gua akui, sebelum dengar cromok, gua juga layan scoint,screen,budak kacamata dan kumpulan spoon. bastet.

1st album yang gua dengar masa tu gua baru darjah 4 sekolah kebangsaan tenggaroh timur 1.
gua curi kaset abang member gua. gua tak tau kaset ni kaset apa.
cuma gua berminat untuk lukis gambar unicorn kt cover kaset tu je. kaset tu 1st album yang boleh dianggap demo yaitu album image of purity part 1.

first gua dengar lagu dia, gua terdetik "apebende mamat ni nyanyi ni!!"
second gua dengar lagu dia, gua rasa "peh,sedap gila drumm dia"
third gua dengar lagu dia, gua teruk feel layan scalling pentatonic dan appregio Karl (ex-cromok as known as D'cromok since 1998).
dan hari-hari seterusnya gua terus "ketagih" thrash metal.
start dari album pertama, gua terus mencari kaset-kaset dan album-album cromok yang lain.

setiap hari jumaat, kampung gua ada pasar malam. kat situ memang berlambak orang jual kaset.
dan 1st album cromok yang gua beli sendiri berasal dari pasar malam.
kaset tu jenis kaset dubbing yang harga dia rm5.00 sahaja.
balik pasar malam gua kena bantai dengan abah gua sebab abah gua kasi RM5.00 suruh beli kebab tapi gua beli kaset semata-mata.

gua rasa macam bersalah pulak beli kaset cetak rompak, padahal gua kena support original sebab gua seorang yang sangat pentingkan kualiti bunyi. bayangkan bunyi dabel padel pada kaset dubbing? dengar pon sipi-sipi je brader! mana puas!!

album yang lainnya, semua gua beli original. puas gua bila dengar karl punya solo, puas gua bila dengar sam punya bas, dan dabel padel dari miji. memang puas dan inzal.

jadi, ini adalah peluang gua untuk lihat sendiri idola gua dari kecik sampai sekarang.
biar la ada konsert paramore, prodigy,anna rafali, a to z ke apebende gua tak pegi, tapi konsert ni gua wajibkan diri gua untuk hadir.

terima kasih pakcik sam,miji dan sessionist hillary ang.
ex-cromok Din,Karl.
terima kasih banyak2.
jumpa 8 april ni.
gua nak sing a long lagu maram perapu kepunden maram sekeper!

lebih info tentang band ini? sila rujuk sini ODAHONE

No comments: