Sepanjang lebih 3 tahun gua bergelumang dengan jual beli barangan DSLR dan Camera terpakai secara Online.
Gua dapat kajian yang membuktikan bahawa 80% masyarakat kita mempunyai masalah mental dan IQ.
Antara kajian gua, gua dapat merumuskan beberapa perkara dibawah.
1. Orang melayu tak suka membaca. Dia lebih suka tawar dan mintak murah.
2. Barang dibeli bukan kerana kualiti/nak guna. Tetapi untuk dibawa bergaya.
3. "Murah" merupakan terma yang selalu digunakan dalam setiap upacara jual beli.
4. Mintak tawar memang budaya rakyat malaysia. Bukan melayu sahaja, India, cina dan lain-lain juga suka tawar menawar. Cuma satu bangsa ni je yang tawar dengan perkara yang tak masuk akal.
5. Beli barangan terpakai, tetapi nak kan kondisi yang macam baru sehingga satu cela pun tak boleh ada.
6. Nak beli lens wide, tapi mintak lens zoom. Bila kita kata lens ni tak boleh zoom. Dia marah dan kata "Kenapa lens mahal-mahal tak boleh zoom?" KRIK..KRIK..KRIK..
7. Lebih baik gunakan khidmat "google" sebelum membeli sesuatu benda, At least anda tidak tertipu dengan jurujual dan tidak membeli barang yang merugikan.
8. Nego,Pm,Last price memang selalu sangat disebut. Padahal dah ditulis "FIXED PRICE".
9. Suruh COD (Cash on delivery) punyalah jauh. Bila kita sampai dan barang telah dibawa, dia cuma cakap "Saya nak tengok-tengok je". NAK TENGOK PERGI KEDAI LA! KENAPA BELI ONLINE??
10. Rakyat malaysia ni warganya makmur, Malaysia juga aman. Tapi bila nak beli lens camera, terus keluar perangai nak meradang bila mintak kurang tapi tak dapat. Padahal awal-awal dah diberitahu.
11. Sifat "Try and Error" tak boleh digunapakai menggunakan barang orang lain, kalau nak test barang, test lens, pergi kedai. Dan TAK SEMUA kedai kamera akan izinkan kau test barang dia sesuka hati. Termasuk aku.
12. Tak pandai, bila orang ajar. Ego dan pura-pura pandai. Bila dah beli, dia complain ini tak best, itu tak best. Thats why setiap urusniaga COD boleh try sebelum beli. Kalau tak duit atau tak berniat nak beli. Tak payah try.
13. Pos laju makan masa 2-3hari tempoh penghantaran. Syarikat Pos malaysia ni pon bukannya 100% tepat. Kadangkala dia hantar lambat, kadangkala barang tu tak ada dalam sistem. Bersabarlah. Jangan mintak pos harini, sampainya wajib esok. Kau boleh bawak kereta dari JB pergi KL dan dijamin sampai tepat pada waktu??
14. Gua peniaga, Lu pembeli. Sepertimana pembeli, peniaga juga ada hak untuk TIDAK MENJUAL secara ansuran. Ini bukan Courts Mammoth. Ini company persendirian. Tak besar mana pun bang.
15. No telefon sudah tertera di FB, di Blog, Di laman-laman web jual beli. Sudah tengok gambar, sila lah sms. Jika tak dapat sms sila lah call. Di fb pula, Kalau lu tanya kat ruangan comment, kalau gua tak reply jangan lah Emo. Kenapa sayang sangat duit nak call/sms kalau kau serius buyer?
16. Selalu dapat sms "Barang ni ada lagi? Serious buyer". Lepas tu bila dah reply, dia akan sms sampai la seminggu. Nak beli barang lebih dari budget, habistu takkan gua nak layan lu sms sepanjang masa?Lagi satu, Serius buyer nak sms ke kalau barang tu harga RM5K?
17.Gua meniaga cara yang betul. Tak pernah gua maki customer. Cuma sound sinis tu memang gua selalu. sebab bagi gua, pembeli ni takde fikir lain. MURAH MURAH MURAH. Nak murah tapi barang best. Sampai bila orang nak pandang bangsa kita ni bangsa "murahan"?
18. TOLONG, amalkan membaca setiap yang jurujual tulis. Jangan lah tanya soalan yang telah dijawap. Nampak sangat betapa rendahnya iq diri awak tu.
Sekian.
Regards,
Cabiharusdirejam
No comments:
Post a Comment