Tuesday, September 14, 2010

dah kenapa sih?

Bayi umurnya 3 minggu mana tau apa2..
taunya makan,berak,merengek dan menangis tak sudah2..
mana dia tau apa2 pasal dunia..
yang muka manis, membelainya, memberi makan padanya..itulah ibunya..
tak ada yang paling istimewa baginya slain kasih ibunya..
dia ngak boleh gembira jika tak nampak raut ibunya sih..

kanak berumur 7 tahun,masih bersekolah,
ya masih belajar membaca dan kira2..hidupnya mana tau apa sih..
taunya bermain dan bersuka ria saja.. pembelajarannya boleh tahan..
pintar, bijak,senang utk pelajari sesuatu degan mudah..
juga mangsa buli si kuat kelahi.. sering terisak menangis bila pulang..
kerana si ibu tak ambilnya pulang..
dia pulang dengan sendiri..
ibunya sering berbicara..bercakap dengannya..diberitahunya..
"aku bukan ibu kamu sih..aku cuma pelihara kamu. dan menjaga kamu , itu tugasku"
ya si anak itu tak bisa paham dalam umurnya yang sedikit bisa dibilang dengan jari.
setahu si kecil itu, setahun akan ada satu hari yang si ibu membawanya berjumpa seorang makcik yang gigih memeluk erat anak itu setiap kali kaki si anak itu mahu pulang..
ringgit malaysia sepuluh akan diberikan bersma sampul surat sebagai duit raya.
ya gembira si kecil itu dengan wang yang baginya sebesar dollar..

Alam persekolahan memang menyeronokkan..tapi bukan utk semua orang..
zaman persekolahan perlukan dorongan..lagi2 dorongan sebagai seorang bapa..
pengaruhnya kuat! kemarahannya akan membuatkan semuanya kecundang.
kegarangannya akan buat seisi rumah terdiam. terpaku. takut.
tapi tak berlandaskan hukum. disuruhnya berbaik gaya seorang sufi, tapi dirinya bongkak dengan berjudi. keluarganya diabaikan,dipaksanya anak itu pandai tapi dibelasah utk dapatkan markah tinggi setiap kali peperiksaan. dihukum anaknya gara2 anaknya mencuri wang sebesar ringgit malaysia lima semata2 membeli pen kerana anaknya butuh pen utk melukis.minatnya tinggi dalam lukisan kartun dan illutrasi..tapi disebabkan terlalu takut untuk meminati minat itu si anak terus berhenti melukis,kakukan tangan,keratkan jemari...sumpah tak mau melukis lagi!!
esoknya,anak itu kesekolah,dengan tangan luka,dengan kepala penuh benjol hasil "nasihat" si bapa..hasil dari kasih sayang bapa..anak itu mengambil peperiksaan dengan kepalanya pening,sakit dan menangis..nyatanya tak kan bisa fokus menjawap semua soalan dengan betul.
si anak kecewa.. kenapa abang lainnya tak merasa apa yang si adik ini rasai? kenapa si abang bahagia dengan semuanya ada di depan mata tanpa rasa siksa..

Maka tuhan itu Maha adil dan agung..ditimpakan bala keatas keluarga ini. Bapanya sakit,nafkah keluarganya terabai terus.. si ibu terpaksa menampung anak nya.. dan si kecil ini dihantar ke rumah neneknya..neneknya ditanggung oleh seorang makcik. makcik itu adik kepada ibunya.ya neneknya udah tak kuasa untuk menasihat mahupun berfikir. sudah nyanyuk katanya.makcik itu pula benci dengan kehadiran anak ini. demi menjaga hati si ibu.dibiarkan anak ini hidupnya sendiri. mahupun begitu,makan minum anak ini dijaga. tapi bukan utk selamnya!!
"kamu mau kaset! belilah sendri! ibumu ada!" "kamu mau baju sekolah baru, cari duit sendiri.kamu ingat kamu siapa!??"
si anak bangun, terjaga sendiri,tak siapa kejutkan..ya si anak kerja utk menyuap nasi ke mulut sendiri. si anak bangga bisa hidup berdikari..

selepas si bapa itu pulih, si ibu hidupnya bahagia..duitnya senang, rantai dan gelang memang makanan si ibu. si ibu mengajak anaknya pulang..tapi si anak nggak mau pulang.. si anak lebih suka sendirian. si anak minta ibunya wang utk sekolah. diberinya cukup2 saja. kadang2 tu tiada!
"ibu tiada duit nak..ibu susah"
tapi sibuk dengan barang kemas dan koleksi bag tanggannya..
dalam hati anak ini, ya ibuku telah lupa,aku masih tanggungannya..

si anak sudah dewasa,sudah berkasih,sudah punya ramai kenalan.. sudah boleh berfikir..
anak yang dlunya kecil itu sudah layak bergelar bapa.. anak itu terpikir, "kenapa aku jadi begini ya,kenapa aku susah tiada siapa yang membantu ya? dimana ibuku waktu kecil dulu?
di mana bapaku waktu aku perlukan buaian dulu?"

siapa makcik yang dulunya slalu aku diketemukan setiap tahun???

sudah boleh mengkaji,dan sudah bisa buat jalan hidup sendiri..
digadaikan semua harta anak itu.semata2 mencari siapakah makcik yang slalu mendakapnya waktu kecil dulu..berjalan jauh,tiada noktah dan tidak kenal usul kepenatan..
si anak itu terus melangkah.dan akhirnya.. si anak pun tau yang ya makcik itu ibunya..
dan terjawap mengapa ank itu slalu terbayangkan dakapan sayangnya..
jadinya..si anak sedar kenapa dirinya disisihkan keluarga nya.. kenapa dirinya tak pernah dimanja sebagai seorang anak..kenapa dirinya tak pernah rasa kasih seorang bapa..
ya anak ini anak sandaran... anak sandaran yang merempat sayang orang lain..

anak ini tidak usulkan dendam,anak ini tidak membenci, anak ini tidak terasa hati.
anak yang dlunya kau jaga ini punya hati. dan budi yang anak ini hutang tak bisa diganti..
ibu tetap ibu. mak tetap emak. ayah tetap ayah. abah tetap abah.
namanya berbeza. hakikatnya sama..

Selamat hari raya
ibu,mak dan abah. Anak ini mohon maaf. moga perjalanan hidup kita akan sempurna =)

2 comments:

...terowong gelap... said...

yunk... :( masih teringat lg citer kau waktu dulu.....sedih sia!

chubbyharusdirejam said...

Haa.. tapi ni cerita budak indon tu. bkn aku. :DD