Saturday, August 31, 2013

Shemale

Sekitar 2003 gitu, aku baru berpindah rumah mak aku kat kampung muafakat, bandar baru uda, belakang padi huma.
Bila orang tanya aku duduk mana masa tu, aku selalu cakap "aku duduk padi huma,belakang dia". Padi huma tu perumahan orang kaya. Sengaja aku pretand jadi anak orang kaya kejap padahal duduk kat belakang perumahan orang kaya tu je.

2003-2005 aku kerja kat reject shop plaza angsana. Dah mula hidup berdikari kat cycbercafe gigabyte. Zaman tu memang zaman kejatuhan la kirenye. Dekat 3 tahun juga aku menetap secara percuma kat cybercafe tu. zaman tu aku berkawan dengan rais, saodik, afiz abu dan syamil. Tu je kawan aku yang ada pada masa tu.

Harini syamil kahwin. Macam tak percaya pulak dah lebih kurang 9 tahun jugak aku berkawan dengan syamil ni. Aku lebih gemar panggil dia shemale. Berikutan dia merupakan lelaki tanpa misai dan jambang, jadi shemale adalah gelaran yang sesuai. Kah kah

Apa pun aku cuma nak ucapkan selamat pengantin baru kepada syamil. Semoga berbahagia dengan isteri bernama sarah. Aku harap syamil dapat menyebut nama isteri dengan betul. R syamil ni memang epik sikit kalau engko hayati betul- betul.

Lagi foto di : www.jasmineandsun.tumblr.com

Tuesday, August 27, 2013

Belanjawan 2014

2013 makin tamat tempoh.
Lagi 4 bulan je lagi.
Pejam celik pejam celik dah 4 bulan.
Jadi terlanjur aku terfikir ni, Baik aku senaraikan dulu wishlist untuk 2014.
At least disember 2013 takde la aku terkucar kacir nak reka.

Cort fretless Bass. Aku test kat indon guitar dia. Best macam syaitan. Barulah gua boleh bermain dengan Hellexist dengan jaya. 


Nikkor 28-70mm f2.8ED. Ecely aku taknak target 24-70mm F2.8 Nano. Sebab harga dia dabel. Dan aku rasa tak memerlukan sangat. sebab aku kaki wide angle. So kena cari satu fixed punya wide angle.

35mm memang stroke kegemaran!!! 35mm f1.4 Sigma ART series ni generasi paling latest, smooth focusing dengan body solid. Review cakap ni antara terbest 35mm ever! Kena beli satu untuk close up pengantin berbackgroundkan lalang.

Master of bokeh. 85mm memang aku memilih sikit. Sebab 85mm ni stroke dia sedap macam syaitan. Ni lens dah cukup panjang bagi aku. Sebab aku memang 100% bukan peminat zoom lens dan telephoto. Jadi ni last lens paling jauh yang aku nak dapatkan. Actually "D" series tak sehebat "G" series. Tapi kalau test dia punya low light, "D" series lagi champion.


Ini A12 ricoh. untuk mountkan dengan Leica atau M mount lens yang lain. Ecely series GXR memang banyak sensor. Mount ni pulak dia guna sensor yang sama dengan Leica M8.2. Tak mampu pakai leica, beli dia punya mount then pacak kat Ricoh GXR hari jadi.

Graplex Graphex speed graphic. Large Format camera with 4X5film back. Dah lama aku cari untuk lepaskan gian shoot large format. Cuma mungkin aku kena fikirkan tempat cuci yang akan cuci nanti.

Pocket wizard Flex TT5 memang sangat menyakinkan. Antara trigger yang paling bagus dengan harga yang paling pukimak punya mahal. Tapi dah nama pun wishlist. maka list je lah! Trigger ni takkan buat kau risau samaada flash kau menyala atau tak dari jarah jauh. Dan kau boleh adjust power tanpa pegi kat flash kau tu. Pawer kan?

Wide angle super ohsem ni didatangkan khas dengan Hood Mercury yang diperbuat daripada besi gunung berapi. Kau bayangkanlah betapa payah nak dapatkan besi gunung berapi ni? Voiglander Heliar 12mm f5.6 ni sebenarnya pengklimaks setiap penggila Wide angle. Ye, manual focus, tapi distance dia 2m. So buat apa nak fikir? Infiniti sudah, semua sharp.

Fisheye yang kena beli. Sebab aku suka shoot sukan lasak macam skateboard dan BMX. Selama ni aku shoot pakai lens pinjam dari jimbo. Mungkin kalau tak terangkat yang ni, aku akan amek Samyang 8mm. Tapi crop body la jadinya 6mp je. 6mp ok what!?

Set ni aku dah aim lama gila. Outdoor matahari terpacak pon dia lek lek kojek boleh simbah cahaya lagi. Battery dia tahan sehingga 200x High Boost. Ni keluaran lama ni. Tapi masih bermutu. Nak beli kat mana? Berdoalah yang ianya ada terjual dekat ebay.

Dan sekarang baru aku sedar semua wishlist aku ni merupakan barang kamera semata-mata.
Dan ini last Wishlist aku. Last ni!

Ye, tizz zaqyah. Amboi comelnye awak.


Monday, August 26, 2013

20minit

"Konek siapa pulak tertinggal dalam bag aku ni!!?" jerit aku.

"Itu Deodorant aku! aku memang suka deodorant botol besar!" jerit makwe aku.

Kami memang selalu bertelagah. Selalu maki hamun benda bodoh. Selalu aku sakitkan hati dengan cara memusnahkan tudung ikat lilit satu muka dia. 
Tapi,Selang 20minit kami akan berbaik semula.
kadang-kadang sebab benda bodoh macam diatas je aku rasa tak patut nak marah dia selalu.
Itupun dia ni bodoh lagi tak paham-paham bahasa bila nak start berumahtangga.
-end-



Ini anak anep anas. Comel sangat walaupun dia pejam mata. Omnomnom..

EPUL NANG

Minggu lepas aku punya job wedding kat Kampung Cahaya Baru masai.
Wedding ni last minute punya wedding, pengantin ni pun ambil aku atas dasar member dia member aku jugak. So far aku rasa sangat seronok shoot diaorang dua orang.
Sebabnya kedua mempelai amat sporting dah jenis tak suka benda leceh.
Dia ambil pakej pun takde tawar yang bukan-bukan. Just tengok gamba, dia rasa ok. dan on je. Mudah tau.
Maksud aku, dia tahu tugas photographer dan dia respect.
Pada aku itu sangat penting sebab, photographer.. dia sebenarnya ego dah tak suka diarah. Bila diarah aku rasa lebih baik mempelai tu sendiri yang ambil gambar.And one more thing, kenapa kita boleh bayar mahal-mahal untuk Andaman dan pelamin, tapi kena bila bab photography je nak mintak murah? Tahu tak tanpa photography, pelamin dan mekap mahal awak tu takde makna?

Kampung Cahaya Baru masai ni letaknya jauh dari bandar. Dia lebih kurang penghujung juga selain daripada Kampung Pasir Putih. Orang-orang kat sini pun sporting, family diaorang pun nampak happy bergelak ketawa. aku suka suasana macam ni. At least kerja aku buat pun lebih menyeronokkan.

Sepanjang aku ambil gambar orang kawin, jarang sekali aku jumpa suasana macamni. Ada sekali tu pengantin yang aku ambil tu tumbang sebab pitam kerana keadaan terlalu sesak. Ada yang majlisnya grand bukan main, tapi jalan cerita majlisnya hambar. macam takde apa je. Ada pulak majlisnya biasa. tapi meriah sangat. Macam pengantin aku kali ni. Orang kata tak kira la berapa banyak kita modal untuk majlis persandingan kita, tak guna juga jika kita takde atucara majlis yang teratur dan sempurna.Benda ni kena seimbang. barulah hari keramat kita tu diabdikan dengan rasa yang teruja dan meriah.

Sini aku share sikit gamba beliau disertakan dengan exif data. Barulah kennyrokwel!


Exif : Nikon D3 | 16mm | f4 | 1/8000 | Iso Low1.0

Exif : Nikon D3 | 50mm | F2.2 | 1/250 | Iso Low0.5

Exif : Nikon D3 | 85mm | F4 | 1/320 | Iso 200

Exif : Nikon D3 | 50mm | f7.1 | 1/100 | Iso 400

Satu benda je i nak pesan kat you guys diluar sana. Kalau u guys bayor Epul nang pon tapi kalau you guys tak sporting, you guys jangan merungut kalau result you guys hanyalah gambar senyum semata.

Jirat

Tompok.
Tompok ni kawan aku sejak 2009 lagi. sejak first time aku beli handphone kat kedai dia.Dia jual handphone kat pasaraya.
Disebabkan keramahan dia, kami berkawan baik.Aku masih ingat lagi dimana dia kasi best price untuk sebuah blackberyy 8520. Time tu blackberry memang gadjet ulung!

Sejak akhir 2011, Tompok nak berpindah dari rumah lamanya. Dia bukan orang johor, Dia orang Perlis. Dia tinggal di JB dah lama. Sejak 2005 katanya. Dia hanya menyewa di bilik sewa berdekatan Jlan Tan chiew li. Kebetulan aku mencari Housemate pada masa tu. Jadi aku pun mengajak dia tinggal bersama.

Sepanjang dia tinggal dengan aku. Dia Jarang sekali pegang penyapu.
Sepanjang dia tinggal dengan aku. Dia suka beli DVD cetak rompak dan lambakkan diatas meja.
Sepanjang dia tinggal dengan aku. Dia dah mula sukakan kucing.
Sepanjang dia tinggal dengan aku. Dia tak tahu apa itu TNB,  banggunan Streamyx.
Sepanjang dia tinggal dengan aku. Dia ada motorsikal. iaitu motorsikal aku.
Sepanjang dia tinggal dengan aku. Dia ada TV. dan itu juga TV aku.
Sepanjang dia tinggal dengan aku. Dia ada PC. dan PC itu jugak pc aku.
Sepanjang dia tinggal dengan aku. Dia tak pernah beli tong sampah. Dia lebih rela buang kat tong sampah bilik aku.
Sepanjang dia tinggal dengan aku. Dia tak bagi pun duit repair PC. PC rosak sebab heavy user, aku repair pakai duit aku.
Sepanjang dia tinggal dengan aku. Tiap kali dia balik Perlis, dia mesti belikan Kek untuk aku.
Sepanjang dia tinggal dengan aku. Dia suka belikan makanan untuk aku.
Sepanjang dia tinggal dengan aku. Kalau benda boleh tolong,dia akan tolong aku..
Sepanjang dia tinggal dengan aku. Dia cuma perlu bawa baju je. Yang lain semua dia recycle barang aku.
Sepanjang dia tinggal dengan aku. Dia akan bagi free kos repair or ganti part handphone aku.
Sepanjang dia tinggal dengan aku. Aku mewah dengan memorycard dari 2GB sampai 32GB.
Sepanjang dia tinggal dengan aku. Aku tak pernah tengok sekalipun dia marah ataupun merungut.

Ada pro dan kontra nya kat situ, Aku tahu tu.

SEKADAR GAMBAR HIASAN

Sunday, August 25, 2013

Hirarki

Pagi semalam sebenarnya pagi yang rare.
Pagi ahad yang gua biasanya akan bangun petang.
Tapi semalam gua bangun seawal 9;30am.
gilebabi punya awal.

Sebenarnya ada sebab gua bangun awal, Gua dapat invite untuk join press conference untuk JBartfest 2013.
Ini sebenarnya first time gua join event-event sebegini sepanjang hidup gua. Memang agak janggal sikit. tapi gua berlagak pro sebab taknak situasi awkward disitu. Gua pergi dengan Noh dan Kimi.
Tak ada apa pun yang berlaku, cuma ada persembahan mini dengan ucapan serba ringkas oleh Dato Y dan Z. 

Habis persembahan mini dan penyerahan Cek yang besor nak mampus tu, masing-masing bersurai dan menuju ke dewan makan. 
Dato' Y menegur Kimi. Dato' Y sememangnya kenal dengan Kimi, ini kerana Kimi banyak berurusan dengan dia untuk buat skatepark dan itu ini.

"Kimi, macamana dengan projek skatepark baru dekat Bandar baru uda tu? mana pelan lengkap?"

"Oh Dato'. kami dah buat graf ringkas untuk projek tu, cuma belum serah pada dato'."

"Oh ye ke, haa segerakan lah jika dah siap, senang sikit saya nak turunkan budget untuk projek tu. Berapa kos?"

"Dalam 20-25k Dato'"

"Ohh budget rendah ya, lagi senang saya nak keluarkan budget"


Biasanya gua tengok kat Drama TV3 je, tapi harini gua tengok live kat depan mata. Orang Gomen ni, kerja dia macam tuhan. Tukang bagi rezeki, dan tukang keluarkan duit. Aku terus terfikir untuk buat Lollapalooza atau Woodstock kat JB ni dan minta dana dari Dato'.kalau 20k dia rasa kecil, kali ni aku maybe nak mintak dalam 50k. baru boleh panggil Stratovarious dengan Steve vai. 

Harap punk lain tak salah faham. Inilah cara untuk kita gunakan apa yang kita laburkan. if you know what i mean.

Wednesday, August 21, 2013

MUDAH DOT MAI

Aku memang pelanggan setia Mudah.my sejak dari hari aku mengenali Mudah.my ni (sekitar 2008).
Bayangkan aku rasa dah pernah jual lebih dari 100 buah DSLR dan 50 buah guitar dengan mudah .my ni.Bukan itu je, aku pun pernah jual harga diri, maruah negara dan pelbagai lagi benda yang boleh dijadikan duit. Bersesuaian dengan konsep hidup biar senang, mati tu bila-bila.
Sebenarnya, meniaga kat Mudah.my ni Boleh buat side income yang hebat juga kalau kau jenis tahan sabar dengan karenah customer. Maklum la laman web percuma, bahasa pun kadang-kadang tak jaga. Layanan kepada customer pon kadang-kala menyakitkan hati je. Aku bercakap pada diri aku juga.
Mana tidaknya, Engkau dah tulis serba serbi lengkap kat form Mudah.my tu. tapi customer taknak baca. Ditanya soalan-soalan yang kau sendiri dah beritahu kat ruangan yang disediakan kat iklan kau tu. Tu masalah orang malaysia. Orang MELAYU terutamanya. Please, Baca detail barang sebelum kau nak bertanya apa-apa. Ini untuk kepentingan kau jugak. Macamana kau nak tau barang yang kau nak beli tu keadaannya macamana kalau kau sendiri maha pemalas nak baca description? ibarat kau beli buku memasak, kau nak masak tapi kau tengok gambar je. Jadi ke masakan kau tu?? Lain la kalau kau ada ilmu psykik ataupun bela hantu raya. itu lain cerita. Apapun nak jadi peniaga ni memang kena tahan sabar dengan benda tu. kadang-kadang kau mesti rasa nak maki je dengan soalan2 pembeli ni, tapi apapun kau kena sabar. Jadi peniaga pun kena sabar tinggi. Marah customer sebenarnya punca kegagalan kepada seorang Peniaga. Tak kira la betapa bodoh nak mampusnya customer kau tu.
Berbalik kepada mudah.my tadi. Diibaratkan mudah.my ni adalah rancangan kedua yang aku selalu view selain daripada facebook dan twitter.

Cuma itulah. makin hari makin angka tahun pun bertambah. Duit pun kena pakai banyak. Dan tahun ni (2013) Mudah.my mengenakan caj kepada setiap iklannya. Memang pada pertama kali tu aku tak puas hati. kenapa aku mesti bayar syarikat internet nak jual barang guna website dia? Tapi bila aku fikir positif, ada juga kelebihan dia.At least iklan kau terjamin sikit. Dan website ni akan terus ada kat dunia. Kalau website ni bangkrupt macamana? Sampai bila nak pakai benda percuma ye tak? Mana lah tahu rezeki aku dengan membayar RM10 aku dapat pulangan RM1000000000 ringgit?

Caj untuk iklan dikenakan menggunakan sistem "Credit" .

Caj untuk premium Service, Nak edit info, nak letak icon "URGENT" ataupun nak renew barangan yang tak terjual lagi. harga tertera dibawah.

PREMIUM SERVICE PRICES
Premium ServiceAll Categories
Urgent Icon15 credits/RM
Renew (1 day)8 credits/RM
Renew (7 days)48 credits/RM
Edit Ad8 credits/RM
Featured Ad (7 days)20 credits/RM
Featured Ad (30 days)64 credits/RM

Caj untuk Prolog ad. Caj berbeza bagi setiap ketegori. Caj ini dikenakan untuk SETIAP iklan kau. Sebagai contoh aku jual kamera, Setiap satu kamera aku tu aku kenakan cas RM10 bagi SETIAP iklan. kalau 10 kamera aku jual so jadi Rm100 la. Berpeluh redup jugak ye dok.
LISTING FEE
Cars10 credits
Motorcycles5 credits
Car Accessories & Parts5 credits
Other Accessories & Parts5 credits
Other Vehicles20 credits
Apartments1 credit
House1 credit
Commercial Properties1 credit
Land1 credit
New Properties1 credit
Mobile Phones & Gadgets10 credits
TV/Audio/Video/Cameras10 credits
Computers & Accessories10 credits
Jobs40 credits
All Other CategoriesFREE

BTW, aku harap mudah.my terus maju dan maju. Dan lebih mudahkan aku jual beli barangan justeru menjadikan Website Teratas dalam ketegori The Most Popular website. Bangga sikit je sebab Mudah.my ni sebenarnya owner dia orang Singapore bukan malaysia. Jangan perasan.

Loan & Anda

Kakak aku - Kakak aku bercerai dengan husband dia, Bergaduh berebut rumah. Yang sorang cakap rumah dia, yang sorang cakap dia punya. Bila bahagia semuanya kongsi bersama, Bila dah tak bahagia, seringgit pun dah start berkira. Dua-dua aku penerajang sampai pengsan.

Rudy Jamming Kulai - Rudy kena kelentong, beli kereta pakai nama awek dia, grento dia. Kemudian break off pasal benda bodoh, kereta makwe dia bawak balik perak, lepastu tak bayar. Kena lah dia bayarkan kalau taknak nama blacklist. Sampai harini menyumpah. Nak taknak, hukum duduk kat malaysia kena tempuh jugak. Bukan salah kau pun kau tetap kena bayar.

Shasha Benut - Member nak loan, nama tak lepas. Guna nama shasha. Member lari, tak tinggal bekas, Yang kena bayar pun shasha. #RHYME

Sam Marduk - Abang nak buat Loan rumah. Nama blacklisted. Belum beristeri jadi pakai nama adiknya sam. Sekarang bank cari sam. Sebabnya abang dia dah pun masuk lokap kes dadah. Siapa nak bayar rumah?

Hekal Tiong Nam - Kerja bawak lori je, gaji tak seberapa. Isteri nak duit modal. Nak bukak bisnes katenya. Siapa tak sayang isteri. Si suami loan bank. Dapat je duit isteri lari ikut lelaki arab. Masuk Metro muka depan. Tak guna pun masuk Metro. tak membantu apa-apa. Sekarang Hekal hilang bini, wang simpanan dan berhutang lagi. Hekal masih bawak lori Tiong Nam.

Sedangkan adik beradik, laki bini pun tak boleh percaya kalau sebab duit ni. Sekarang kau masih tolak hukum alam dan percaya kat kawan kau yang loan pakai nama engkau tu? Fikirlah. Kan dah besar....


Kite ada kawan, kita sayang kawan-kawan kita. kita chill out. dan Pergi gigs sama-sama. Belum tentu kawan kita ada jugak, Bila kita satu sen pun dah takde dan diturun taraf jadi papa kedana.

Tuesday, August 20, 2013

Miang

Blog lelaki, berbeza sikit dengan blog perempuan.
Dari gaya penulisan, mahupun kekemasan dalam blog tu sendiri.
Kalau kau rasa dia lelaki, tapi blog dia kemas dan nampak berseri dengan bau daun serai, mungkin kau kena hati-hati, kerana aku syak itu bukan blog sembarangan.

Aku saja baca balik entry lama. Aku sengaja taknak delete. sebab entry-entry tu semua la kenangan kau dan menunjukkan sifat dan perangai kau dari dulu sampai sekarang. Aku start bloggin 2007 kalau tak silap. Pastu aku dah delete blog pertama. terus aku buat blog yang sekarang ni. Memang tergelak juga bila baca balik tulisan dulu dulu.

SEMUA ORANG PERNAH JADI AGAS.

tu je aku nak kasitau.
Babai. 

Saturday, August 17, 2013

Childish

Enchik B merupakan seorang lelaki luar biasa bagi aku. Sebab apa? Sebab dia banyak tahu tentang apa sahaja benda dengan detail dan suksess . Bagi aku dia macam cikgu. Hal kereta, hal rumahtangga, hal kemasyarakatan even hal hal alam ghaib jugak dia tahu. Memang aku rasa bertuah berkawan dengan enchik B.

Semalam aku berjumpa enchik B, berborak-borak macam biasa. Memang kalau aku berborak dengan dia, perbualan tu akan diisi dengan hilai tawa. Enchik b ni ramah orangnya. Tetapi jangan kau silap, enchik b juga seorang yang panas baran! Yang penting engko kena pandai respect orang. 

Enchik B tanya aku,
" Henpon lu hilang kat rumah chab? Apa lagi kena curi?"

"Haah enchik, hilang kat rumah, satu hari raya pulak tu. aku geram betul. Dah la ambil handphone, duit dalam bag duit pun dia ambil. Selamat bag duit dia tak ambil sekali. "

"Ohh ok la, ic dia tak curi. Kalau tak lagi parah lu."

"Enchik, lu tau tak macamana nak kasi pencuri tu "panass". Baru dia tahu padah mencuri. Kasi dia panas sampai dia pulang balik barang aku."

Enchik B diam. Selang beberapa minit enchik B bersuara semula.

"Aku ada cara chab, tak payah kasi dia panas ke apa. Tak baik."

"Hbis tu macamana enchik? Aku geram betul ni"

"Macamni, kau maafkan dia. Kau halalkan apa dia dah curi, kau lupakan. Lepas tu kau mohon pada Allah , cakap kat Allah bagi balik apa yang orang tu dah curi pada kau. Insyallah Allah akan bagi apa permintaan kau. Aku pernah kena dulu, aku mintak kat Allah. Sampaikan satu hari tu Allah bagi aku rezeki berlipat kali ganda. Sampaikan aku sendiri malu dengan Allah sebab minta macamtu.

Aku merenung panjang. Rupanya baru aku sedar banyak benda betul yg enchik b cakap tu. 


"

Thursday, August 15, 2013

Sejarah

Memang sejak dari azali aku ni tak suka stick pada satu benda.
Maksudnya aku cepat bosan bila mengahadap benda yang sama hari-hari.
aku harap satu hari nanti aku tak bosan menghadap isteri.

aku harap sangat.

Sejak dari Tahun 2004. Tahun yang dimana aku dah start jual beli, tukar-tukar barang. Zaman tu minat aku lebih cenderung kat guitar. Aku rasa aku dah tukar lebih dari 10 biji guitar. apa yang aku cari pun aku tak tahu padahal guitar tu sama je! harga lain-lain. Brand lain-lain. Dia punya sedap pun aku tak tahu macamana beza. Sebab aku bukan lahir untuk jadi musician agaknya.

Tahun 2007 aku ada minat benda baru. Camera.
Sebenarnya dari kecik aku dah minat benda ni cuma aku tak tahu boleh pegi ke tak atau memang minat aku ni sekejap sekejap..
Rupanya memang sampai harini. aku masih minat camera. maksud aku photography.
Beribu juga habis disebabkan photography ni.
Serius aku cakap memang kepala bana.

sekarang aku nak listkan camera-camera yang aku pernah pakai.
Aku pun ingat2 lupa. tapi harap masih ingat.

2007-2008
Nikon D3000 | 18-105mm Nikkor | Nissin flash.

Ini camera pertama. Actually bukan kamera aku. tapi dia bagi aku pakai sebab aku eksaited sangat. Duit takdepun nak main kamera sebenarnya. Pernah ambil 1 job wedding masa aku pakai kamera ni. Lens ni zaman tu kira mahal. Dan aku rasa dah mahal sangat dah ni padahal ini PALING MURAH punya spec.
Aku pakai kamera ni tak lama, lepas tu tuan dia mintak balik nak jual. masa tu aku amek job jugak tapi pinjam kamera Nikon D60 kucai YAD.

2008
Nikon D1x | Tamron 18-200mm | Nissin Flash

Entah apa angan aku agaknya, aku pakai body ni. Time tu body ni wong kasi aku guna sebab kesian aku takde camera. Paling payah guna dan aku pakai pon dalam 2 bulan je. low iso. siang kaler lawa. malam kaler hancor. Noise sebesar biji durian.

2008-2009
Nikon D80 | 50mm f1.8D Nikkor | Sigma 12-24mm | Tamron 18-200mm| Nissin Flash | Trigger

Aku dah start kumpul duit beli body lain. Aku beli body ni dengan Halidi carwash. aku ingat lagi masa aku beli ni body ni rosak tapi dia ganti dengan body lain. Sementara nak repair tu dia kasi aku pakai Nikon D100. Uzur betul camera yang dia kasi aku pakai ni. Pada masa tu Nikon D80 ni harga body je dekat RM1700. mahal macam sundal bolong. Zaman tu paling hips D90 sebab ada Video.

2009-2011

Nikon D300 | 50mm f1.4D Nikkor | Sigma 12-24mm | Tamron 20-40mm |  Nikon SB-900| Trigger
Aku jual D80. sebab shutter count dah makin banyak. Tapi seriusly aku rindu kaler dan tone dia. Memang serius best. Aku jual dan aku amek body pro Nikon D300. ini kerana job ada maju sikit. dan D80 tu dah terlalu tua dan lambat. Lama aku pakai D300 ni. Dekat 2 tahun juga. Camera ni yang paling banyak mengajar aku erti susah payah. Sehinggalah Jimbo dan yang lain racun aku kat satu body camera yang maha best ni Nikon D700

2011
Nikon D7000 | Nikon 17-55mm f2.8ED | 50mm f1.8G | Tokina 16-50mm f2.8 | Nikon SB900
Serius shit aku pakai body ni 2minggu je. Time tu aku nak beli D700 tapi Stock tak ada. Dah discontinued. Aku order tak sampai2.

2011-2012
Nikon D700 | Sigma 15-30mm | Sigma 24mm f1.8 | Tokina 16-28mm f2.8 | 50mm f1.8G Nikon | 85mm f1.8G Nikon | SB-900 | Trigger

Lagendary Nikon D700. fullframe, Cmos same like D3 sensor. Gilebabi bergolok bergadai aku beli D700 ni. memang sayang betul aku kat camera aku yang ni.Aku jual D7000 yang aku pakai kejap tu. Ini kerana tiba2 foto berlian angsana call aku cakap barang dah sampai. Teruja cikpah. Hari tu jugak aku terus berlari ke photoberlian trade in semua yang aku ada.  Harga kalau ikutkan memang aku tak mampu milik. Tapi aku berjaya juga dapatkan. Sebabkan terlalu suka dengan body ni hingga aku pakai sampai shutter count dia nak habis.Sebenarnya banyak lagi lens-lens sampingan yang aku tapi dah jual beli jual beli. Ni sebab aku kerja dengan Wong kamera. maka banyak la barang2 tak pakai dia jual kat aku murah-murah.

2013
Canon 5D Mark II | 17-40mm f4L Canon | 50mm f1.4 Sigma | Flash pinjam

Aku masih berhutang lagi dengan owner sebenar camera ni. Aku terpaksa jual D700 kesayangan tu sebab aku nak mula jinak-jinak dalam Video. Kebetulan D700 punya harga makin lama makin low. Shutter count pun makin lama makin banyak. Aku ingat aku ada bakat shoot video. Tapi rupanya aku tak feel pun. Pelik juga setelah bermacam jenis jenama Nikon aku pakai, tiba-tiba aku tukar canon. Memang janggal. Ibarat tukar agama perasaan dia!! Aku tak nafikan memang gamba dia cantik. Tapi feel dalam gambar tak ada. Momment dalam gambar pun tak ada. Video maha hebat. ISO sensitivity sangat low. Aku dah mula menyesal sebab pakai canon. At least aku dapat belajar sesuatu jugak kat situ. Kire menyesal tapi dalam keadaan masih berterima kasih.

Harini, aku tekad. Aku rasa memang aku dilahirkan untuk pakai satu jenama kamera je. Aku rindu setting-setting nikon. Aku rindu sharpness dia. Aku rindu dia punya feel yang engkorang takkan faham kalau engkorang tak main kamera jugak.



TOTALLY PIG!! DAN AKU AKAN MEREMPAT SEBAB TAKDE DUIT NAK BELI LENS. KENALAH PINJAM KAMPENI NAMPAKNYA!!

Esok aku nak pergi ipoh ambil body Nikon. Aku tread in lagi. Tak tau la sampai bila hidup aku ni jual beli jual beli. Mungkin sampai kiamat agaknya.


4D

Aku marah betul dengan sikap mak bapak yang acuh tak acuh dengan perasaan seorang anak even anak tu masih kecil dan mungkin kau anggap dia akan lupa bila dia besar.

Silap. 

Sebenarnya dari kecil tu lah dia ingat apa yang kau pernah buat kat dia masa dia kecil. Dari kecil tu dia cuma nilai kau dan bila besar dia akan bandingkan engkau dengan mak ayah orang lain. Kat situ dia akan nampak apa kekurangan engkau dan dia akan salahkan kau diatas apa yang berlaku pada diri dia.

Anak yang baik, datang dari bapa yang tahu sayangkan anak dia. Even luaran dia nampak garang. Tapi dalam sudut hati dia sayang. 

Tapi bila dari kecil kau cuma tahu "besarkan" anak kau, dan kau rasa itu cukup. Kau silap besar. Besarkan anak kau bukan bermakna anak kau rasa disayangi. Dan itu tak membuatkan anak kau rasa seronok dan bahagia pun.

Bila anak kau dah dewasa, kau nak dekatkan diri kau dengan anak kau. Itu dah terlambat. Sebab dari kecil anak kau dah selesa hidup sorang-sorang. Walaupun kau sentiasa ada tapi dia masih sorang-sorang.

kaau rasa dengan rezeki terpijak yang tuhan kasi sikit tu boleh mengubah hidup kau jadi kaya raya tanpa ingatkan pun siapa anak kau boleh buat anak kau ingat kau ke?

Pikirlah baik-baik. 

Wednesday, August 14, 2013

Terkini.

Masalah tembak menembak, rogol dan pukul bini semakin banyak di menular dinegara kita ni.
Apakah tindakan kerajaan tentang isu ini? Apa pula pandangan luar tentang keselamatan di negara kita? Jika ini berterusan, malaysia kekurangan pendatang tanpa izin dan pelancong dari negara luar. justeru boleh memudaratkan income-income orang atasan. Jadi dengan itu apakah funsi messi dalam game Malaysia vs Barcelona tempoh hari? Dan apakah kaitan dengan budak melancap di cybercafe?

Syukurlah malaysia aman.



AWAA... KEPALA BANA SAIAA TAAA KUADDD.....

Dermalogical

Bulan ni dan bulan lepas dugaan tinggi betul.

Timing chain kereta rosak
Job cancel
Duit kena curi hari raya pertama.
Handphone hilang pun hari raya pertama
Kastemer mengamuk
Gaji tak cukup untuk bulan ni sehingga bulan depan.

Dan semalam, satu lagi dugaan masuk.


Cilake betul. sudah la dia gesel kereta aku, dia tinggalkan sekali seni lakaran kat kereta aku. Ramai orang cakap ini gamba troll. mungkin jugak cuma hidung je tak nampak.


Time macamni, baru la kau nak ingat siapa tuhan kau. Baru lah kau tahu qada' dan qadar.

Post punk kitchen

Seorang perempuan.

Pudgy.
Happening 24/7
Sayang binatang.
Pemurah.
Hormat orang tua.
Indiependant.
Pandai menguruskan perbelanjaan.
Pembersih
Pandai kemas rumah.
Rajin
Kuat membebel

Aku ada 3 ucapan untuk perempuan diatas.
1. kahwinlah dengan saya.
2. kahwinlah dengan saya.
3. kahwinlah dengan saya.


Art

Timmy ni aku kenal sejak dari zaman distort punxsa.
Kalau nak cerita bab perangai, perangai aku pun sama cibai dengan perangai dia.
Sama-sama syaitan. cuma jenis dan jenama syaitan dia tu mungkin berbeza.

Memang aku selalu juga maki hamun timmy.
Timmy pun tak kurang maki hamun aku.

Ada kelompok yang memang anti, menyampah dan boikot dia.
Tapi aku boikot dalam bercakap. Dalam realiti aku masih berkawan.
Sebab bagi aku, selagi kau boleh jaga hati kawan-kawan kau, tak kira lah kau apa sekalipun, takde sebab untuk aku nak benci kau.

Kau ada buruk baik kau, aku pun ada buruk baik aku. Tak rasa selfish ke bila kau selalu tengok keburukan orang lain tanpa tengok apa buruk diri aku?
Ok serius sangat dah ni. Baik aku letak tanda seruan!

Kampeni clothing timmy pun nampaknya dah semakin merebak dan berkembang. 
Aku komplen design dia. Tapi orang lain suka. 
Mata kita mana sama. Art orang lain mana boleh kau nak argue itu ini?
Itu side aku, tapi side orang lain tengok cantik dan memikat.
Sedikit sebanyak ini sebenarnya satu titik tolak untuk dia berjaya.
Sokongan dari kawan-kawan tu penting juga, tak lupa komplen dari kawan-kawan.
Kita nak tengok enkau maju, bukan jatuh. Biar harini kau sakit hati, esok-esok kau dah senang kau boleh flashback balik apa yang kengkawan buat untuk kau.

Harapan aku satu je. Buat sehabis baik.
Kita ni makin lama makin berusia. Aku sendiri dah rasa umur aku ni dah ketahap abah yang mempunyai dua orang cahaya mata. Kau pun tau, jarang aku tolak bila kau mintak tolong kat aku.

Keep it up. Dont give up brah.


Hadkopang

"you guys come from where? Have u bla bla bla chik chik kaboom"

Laju sangat amoi ni bercakap, sampai sepatah haram pon aku tak catch-up.
Aku nak je cakap kt dia "can you speak malay? Sorry i didnt understand and im totally noob". Aku harap dia faham. Tapi segan pulak. Jadi aku angguk-angguk buat-buat faham..

Kesimpulan dia selepas ali translate kat aku satu persatu, rupenye dia nak aku buat sale untuk dia. Sale tu kirenye promote event dia lah tu. lahh.. Senang je pun. Benda rutin yg aku kena buat tiap kali aku buat gig. Cuma bezanya gig ni orang punya.

Dia serahkan beberapa helai flyers untuk diedarkan. Dan beberapa keping poster yang masih berbau getah. 

Ini untuk Rockaway 2012.
Dan bulan aku kena amek gamba untuk Rockaway 2013 pulak.
Maksud aku, bukan aku "kena" ambil gambar, tapi aku yang mintak dia suruh aku amek gamba.
Nampak sangat perigi cari timba.
Aku harap cukup duit bulan ni nak turun kolumpo. Kewangan betul-betul down ni.
Pergi kolumpo bawak RM50. mana cukup?

Aku bersyukur berada dalam kelompok hadko Punk. At least takde la aku tidur tepi pokok atau tempat tunggu bas. Akan ada punk punk lain yang sudi tumpangkan aku sehari dua kat kolumpo. tak payah aku check in rumah tumpangan


.

Tuesday, August 13, 2013

Ringkas

Perempuan, selalu rasa diri dia tu diabaikan padahal orang lelaki tak suka sangat setiap hari nak tunjuk yang dia fall in love. Cukup lah sekadar ucapan ringkas, love u contohnya. ataupun jaga diri baik-baik dengan harapan orang perempuan faham yang dia caring kat perempuan tu.

Masaalahnya.

Jangan la salahkan lelaki tu kalau dia lupa nak wish atau membuat satu kelaziman yang biasa dia buat.
kadang kadang lelaki ni ada benda lain berbentuk masalah yang dia fikir.
macam perempuan juga. Mana boleh buat dua kerja dalam satu masa ye tak?

Tolak ansur la. Kan makin hari makin berusia

Gambar Hari Raya tahun 2013

Konek

Maka genaplah 3 bulan aku tak update blog.
Follower makin menyampah
Peminat makin merungut.
Makwe makin cari pasal.

Aku sebenarnya dah takde masa dah kat rumah.
Hari-hari aktiviti aku penuh.
Ni pun aku update blog sebab aku teringat password.
Selama ni aku lupa.

Jadi kesimpulannya disini, engko sendiri nampak betapa semakin orang dah lupa dengan laman sosial kerana kerja kan?
Tak.. Tak.. blogging bagi aku bukan laman sosial.
Dia lebih kepada laman buat lawak ketawa sendiri.
Update gambar suka sendiri.
Dan reka cerita bohon untuk diri sendiri sedap sikit nak baca semula.

Kah kah kah.

Ok, aku taknak cerita pasal hari raya.
Sebabnya, hari raya pertama sekali aku dah ditimpa nasib yang agak palat.
jadi bila aku cerita, nanti aku panas baran.

sekarang aku nak kemas rumah.
tengok lah kalau ada kelapangan aku update lagi.
Kalau umur tak panjang, nak buat macamana.

lep u ols.
muah.


Ramai juga yang tanya, ini bilik aku ke taska. aku dah naik penat nak jawap siap naik tangan.