Sunday, August 25, 2013

Hirarki

Pagi semalam sebenarnya pagi yang rare.
Pagi ahad yang gua biasanya akan bangun petang.
Tapi semalam gua bangun seawal 9;30am.
gilebabi punya awal.

Sebenarnya ada sebab gua bangun awal, Gua dapat invite untuk join press conference untuk JBartfest 2013.
Ini sebenarnya first time gua join event-event sebegini sepanjang hidup gua. Memang agak janggal sikit. tapi gua berlagak pro sebab taknak situasi awkward disitu. Gua pergi dengan Noh dan Kimi.
Tak ada apa pun yang berlaku, cuma ada persembahan mini dengan ucapan serba ringkas oleh Dato Y dan Z. 

Habis persembahan mini dan penyerahan Cek yang besor nak mampus tu, masing-masing bersurai dan menuju ke dewan makan. 
Dato' Y menegur Kimi. Dato' Y sememangnya kenal dengan Kimi, ini kerana Kimi banyak berurusan dengan dia untuk buat skatepark dan itu ini.

"Kimi, macamana dengan projek skatepark baru dekat Bandar baru uda tu? mana pelan lengkap?"

"Oh Dato'. kami dah buat graf ringkas untuk projek tu, cuma belum serah pada dato'."

"Oh ye ke, haa segerakan lah jika dah siap, senang sikit saya nak turunkan budget untuk projek tu. Berapa kos?"

"Dalam 20-25k Dato'"

"Ohh budget rendah ya, lagi senang saya nak keluarkan budget"


Biasanya gua tengok kat Drama TV3 je, tapi harini gua tengok live kat depan mata. Orang Gomen ni, kerja dia macam tuhan. Tukang bagi rezeki, dan tukang keluarkan duit. Aku terus terfikir untuk buat Lollapalooza atau Woodstock kat JB ni dan minta dana dari Dato'.kalau 20k dia rasa kecil, kali ni aku maybe nak mintak dalam 50k. baru boleh panggil Stratovarious dengan Steve vai. 

Harap punk lain tak salah faham. Inilah cara untuk kita gunakan apa yang kita laburkan. if you know what i mean.

No comments: