Monday, August 26, 2013

Jirat

Tompok.
Tompok ni kawan aku sejak 2009 lagi. sejak first time aku beli handphone kat kedai dia.Dia jual handphone kat pasaraya.
Disebabkan keramahan dia, kami berkawan baik.Aku masih ingat lagi dimana dia kasi best price untuk sebuah blackberyy 8520. Time tu blackberry memang gadjet ulung!

Sejak akhir 2011, Tompok nak berpindah dari rumah lamanya. Dia bukan orang johor, Dia orang Perlis. Dia tinggal di JB dah lama. Sejak 2005 katanya. Dia hanya menyewa di bilik sewa berdekatan Jlan Tan chiew li. Kebetulan aku mencari Housemate pada masa tu. Jadi aku pun mengajak dia tinggal bersama.

Sepanjang dia tinggal dengan aku. Dia Jarang sekali pegang penyapu.
Sepanjang dia tinggal dengan aku. Dia suka beli DVD cetak rompak dan lambakkan diatas meja.
Sepanjang dia tinggal dengan aku. Dia dah mula sukakan kucing.
Sepanjang dia tinggal dengan aku. Dia tak tahu apa itu TNB,  banggunan Streamyx.
Sepanjang dia tinggal dengan aku. Dia ada motorsikal. iaitu motorsikal aku.
Sepanjang dia tinggal dengan aku. Dia ada TV. dan itu juga TV aku.
Sepanjang dia tinggal dengan aku. Dia ada PC. dan PC itu jugak pc aku.
Sepanjang dia tinggal dengan aku. Dia tak pernah beli tong sampah. Dia lebih rela buang kat tong sampah bilik aku.
Sepanjang dia tinggal dengan aku. Dia tak bagi pun duit repair PC. PC rosak sebab heavy user, aku repair pakai duit aku.
Sepanjang dia tinggal dengan aku. Tiap kali dia balik Perlis, dia mesti belikan Kek untuk aku.
Sepanjang dia tinggal dengan aku. Dia suka belikan makanan untuk aku.
Sepanjang dia tinggal dengan aku. Kalau benda boleh tolong,dia akan tolong aku..
Sepanjang dia tinggal dengan aku. Dia cuma perlu bawa baju je. Yang lain semua dia recycle barang aku.
Sepanjang dia tinggal dengan aku. Dia akan bagi free kos repair or ganti part handphone aku.
Sepanjang dia tinggal dengan aku. Aku mewah dengan memorycard dari 2GB sampai 32GB.
Sepanjang dia tinggal dengan aku. Aku tak pernah tengok sekalipun dia marah ataupun merungut.

Ada pro dan kontra nya kat situ, Aku tahu tu.

SEKADAR GAMBAR HIASAN

1 comment:

mdazlnshkni said...

power betul abg aji ni