Wednesday, August 21, 2013

MUDAH DOT MAI

Aku memang pelanggan setia Mudah.my sejak dari hari aku mengenali Mudah.my ni (sekitar 2008).
Bayangkan aku rasa dah pernah jual lebih dari 100 buah DSLR dan 50 buah guitar dengan mudah .my ni.Bukan itu je, aku pun pernah jual harga diri, maruah negara dan pelbagai lagi benda yang boleh dijadikan duit. Bersesuaian dengan konsep hidup biar senang, mati tu bila-bila.
Sebenarnya, meniaga kat Mudah.my ni Boleh buat side income yang hebat juga kalau kau jenis tahan sabar dengan karenah customer. Maklum la laman web percuma, bahasa pun kadang-kadang tak jaga. Layanan kepada customer pon kadang-kala menyakitkan hati je. Aku bercakap pada diri aku juga.
Mana tidaknya, Engkau dah tulis serba serbi lengkap kat form Mudah.my tu. tapi customer taknak baca. Ditanya soalan-soalan yang kau sendiri dah beritahu kat ruangan yang disediakan kat iklan kau tu. Tu masalah orang malaysia. Orang MELAYU terutamanya. Please, Baca detail barang sebelum kau nak bertanya apa-apa. Ini untuk kepentingan kau jugak. Macamana kau nak tau barang yang kau nak beli tu keadaannya macamana kalau kau sendiri maha pemalas nak baca description? ibarat kau beli buku memasak, kau nak masak tapi kau tengok gambar je. Jadi ke masakan kau tu?? Lain la kalau kau ada ilmu psykik ataupun bela hantu raya. itu lain cerita. Apapun nak jadi peniaga ni memang kena tahan sabar dengan benda tu. kadang-kadang kau mesti rasa nak maki je dengan soalan2 pembeli ni, tapi apapun kau kena sabar. Jadi peniaga pun kena sabar tinggi. Marah customer sebenarnya punca kegagalan kepada seorang Peniaga. Tak kira la betapa bodoh nak mampusnya customer kau tu.
Berbalik kepada mudah.my tadi. Diibaratkan mudah.my ni adalah rancangan kedua yang aku selalu view selain daripada facebook dan twitter.

Cuma itulah. makin hari makin angka tahun pun bertambah. Duit pun kena pakai banyak. Dan tahun ni (2013) Mudah.my mengenakan caj kepada setiap iklannya. Memang pada pertama kali tu aku tak puas hati. kenapa aku mesti bayar syarikat internet nak jual barang guna website dia? Tapi bila aku fikir positif, ada juga kelebihan dia.At least iklan kau terjamin sikit. Dan website ni akan terus ada kat dunia. Kalau website ni bangkrupt macamana? Sampai bila nak pakai benda percuma ye tak? Mana lah tahu rezeki aku dengan membayar RM10 aku dapat pulangan RM1000000000 ringgit?

Caj untuk iklan dikenakan menggunakan sistem "Credit" .

Caj untuk premium Service, Nak edit info, nak letak icon "URGENT" ataupun nak renew barangan yang tak terjual lagi. harga tertera dibawah.

PREMIUM SERVICE PRICES
Premium ServiceAll Categories
Urgent Icon15 credits/RM
Renew (1 day)8 credits/RM
Renew (7 days)48 credits/RM
Edit Ad8 credits/RM
Featured Ad (7 days)20 credits/RM
Featured Ad (30 days)64 credits/RM

Caj untuk Prolog ad. Caj berbeza bagi setiap ketegori. Caj ini dikenakan untuk SETIAP iklan kau. Sebagai contoh aku jual kamera, Setiap satu kamera aku tu aku kenakan cas RM10 bagi SETIAP iklan. kalau 10 kamera aku jual so jadi Rm100 la. Berpeluh redup jugak ye dok.
LISTING FEE
Cars10 credits
Motorcycles5 credits
Car Accessories & Parts5 credits
Other Accessories & Parts5 credits
Other Vehicles20 credits
Apartments1 credit
House1 credit
Commercial Properties1 credit
Land1 credit
New Properties1 credit
Mobile Phones & Gadgets10 credits
TV/Audio/Video/Cameras10 credits
Computers & Accessories10 credits
Jobs40 credits
All Other CategoriesFREE

BTW, aku harap mudah.my terus maju dan maju. Dan lebih mudahkan aku jual beli barangan justeru menjadikan Website Teratas dalam ketegori The Most Popular website. Bangga sikit je sebab Mudah.my ni sebenarnya owner dia orang Singapore bukan malaysia. Jangan perasan.

No comments: