Thursday, August 15, 2013

Sejarah

Memang sejak dari azali aku ni tak suka stick pada satu benda.
Maksudnya aku cepat bosan bila mengahadap benda yang sama hari-hari.
aku harap satu hari nanti aku tak bosan menghadap isteri.

aku harap sangat.

Sejak dari Tahun 2004. Tahun yang dimana aku dah start jual beli, tukar-tukar barang. Zaman tu minat aku lebih cenderung kat guitar. Aku rasa aku dah tukar lebih dari 10 biji guitar. apa yang aku cari pun aku tak tahu padahal guitar tu sama je! harga lain-lain. Brand lain-lain. Dia punya sedap pun aku tak tahu macamana beza. Sebab aku bukan lahir untuk jadi musician agaknya.

Tahun 2007 aku ada minat benda baru. Camera.
Sebenarnya dari kecik aku dah minat benda ni cuma aku tak tahu boleh pegi ke tak atau memang minat aku ni sekejap sekejap..
Rupanya memang sampai harini. aku masih minat camera. maksud aku photography.
Beribu juga habis disebabkan photography ni.
Serius aku cakap memang kepala bana.

sekarang aku nak listkan camera-camera yang aku pernah pakai.
Aku pun ingat2 lupa. tapi harap masih ingat.

2007-2008
Nikon D3000 | 18-105mm Nikkor | Nissin flash.

Ini camera pertama. Actually bukan kamera aku. tapi dia bagi aku pakai sebab aku eksaited sangat. Duit takdepun nak main kamera sebenarnya. Pernah ambil 1 job wedding masa aku pakai kamera ni. Lens ni zaman tu kira mahal. Dan aku rasa dah mahal sangat dah ni padahal ini PALING MURAH punya spec.
Aku pakai kamera ni tak lama, lepas tu tuan dia mintak balik nak jual. masa tu aku amek job jugak tapi pinjam kamera Nikon D60 kucai YAD.

2008
Nikon D1x | Tamron 18-200mm | Nissin Flash

Entah apa angan aku agaknya, aku pakai body ni. Time tu body ni wong kasi aku guna sebab kesian aku takde camera. Paling payah guna dan aku pakai pon dalam 2 bulan je. low iso. siang kaler lawa. malam kaler hancor. Noise sebesar biji durian.

2008-2009
Nikon D80 | 50mm f1.8D Nikkor | Sigma 12-24mm | Tamron 18-200mm| Nissin Flash | Trigger

Aku dah start kumpul duit beli body lain. Aku beli body ni dengan Halidi carwash. aku ingat lagi masa aku beli ni body ni rosak tapi dia ganti dengan body lain. Sementara nak repair tu dia kasi aku pakai Nikon D100. Uzur betul camera yang dia kasi aku pakai ni. Pada masa tu Nikon D80 ni harga body je dekat RM1700. mahal macam sundal bolong. Zaman tu paling hips D90 sebab ada Video.

2009-2011

Nikon D300 | 50mm f1.4D Nikkor | Sigma 12-24mm | Tamron 20-40mm |  Nikon SB-900| Trigger
Aku jual D80. sebab shutter count dah makin banyak. Tapi seriusly aku rindu kaler dan tone dia. Memang serius best. Aku jual dan aku amek body pro Nikon D300. ini kerana job ada maju sikit. dan D80 tu dah terlalu tua dan lambat. Lama aku pakai D300 ni. Dekat 2 tahun juga. Camera ni yang paling banyak mengajar aku erti susah payah. Sehinggalah Jimbo dan yang lain racun aku kat satu body camera yang maha best ni Nikon D700

2011
Nikon D7000 | Nikon 17-55mm f2.8ED | 50mm f1.8G | Tokina 16-50mm f2.8 | Nikon SB900
Serius shit aku pakai body ni 2minggu je. Time tu aku nak beli D700 tapi Stock tak ada. Dah discontinued. Aku order tak sampai2.

2011-2012
Nikon D700 | Sigma 15-30mm | Sigma 24mm f1.8 | Tokina 16-28mm f2.8 | 50mm f1.8G Nikon | 85mm f1.8G Nikon | SB-900 | Trigger

Lagendary Nikon D700. fullframe, Cmos same like D3 sensor. Gilebabi bergolok bergadai aku beli D700 ni. memang sayang betul aku kat camera aku yang ni.Aku jual D7000 yang aku pakai kejap tu. Ini kerana tiba2 foto berlian angsana call aku cakap barang dah sampai. Teruja cikpah. Hari tu jugak aku terus berlari ke photoberlian trade in semua yang aku ada.  Harga kalau ikutkan memang aku tak mampu milik. Tapi aku berjaya juga dapatkan. Sebabkan terlalu suka dengan body ni hingga aku pakai sampai shutter count dia nak habis.Sebenarnya banyak lagi lens-lens sampingan yang aku tapi dah jual beli jual beli. Ni sebab aku kerja dengan Wong kamera. maka banyak la barang2 tak pakai dia jual kat aku murah-murah.

2013
Canon 5D Mark II | 17-40mm f4L Canon | 50mm f1.4 Sigma | Flash pinjam

Aku masih berhutang lagi dengan owner sebenar camera ni. Aku terpaksa jual D700 kesayangan tu sebab aku nak mula jinak-jinak dalam Video. Kebetulan D700 punya harga makin lama makin low. Shutter count pun makin lama makin banyak. Aku ingat aku ada bakat shoot video. Tapi rupanya aku tak feel pun. Pelik juga setelah bermacam jenis jenama Nikon aku pakai, tiba-tiba aku tukar canon. Memang janggal. Ibarat tukar agama perasaan dia!! Aku tak nafikan memang gamba dia cantik. Tapi feel dalam gambar tak ada. Momment dalam gambar pun tak ada. Video maha hebat. ISO sensitivity sangat low. Aku dah mula menyesal sebab pakai canon. At least aku dapat belajar sesuatu jugak kat situ. Kire menyesal tapi dalam keadaan masih berterima kasih.

Harini, aku tekad. Aku rasa memang aku dilahirkan untuk pakai satu jenama kamera je. Aku rindu setting-setting nikon. Aku rindu sharpness dia. Aku rindu dia punya feel yang engkorang takkan faham kalau engkorang tak main kamera jugak.



TOTALLY PIG!! DAN AKU AKAN MEREMPAT SEBAB TAKDE DUIT NAK BELI LENS. KENALAH PINJAM KAMPENI NAMPAKNYA!!

Esok aku nak pergi ipoh ambil body Nikon. Aku tread in lagi. Tak tau la sampai bila hidup aku ni jual beli jual beli. Mungkin sampai kiamat agaknya.


2 comments:

mdazlnshkni said...

ngko ni true Cabi. aku sapot ko Cabi.

chubbyharusdirejam said...

true la, duit kering. harap job masuk lagi dabel macam size body. kah kah