Aku cuti jumaat sebab nak pergi panjat gunung.
Aku naik kerja Isnin, iaini semalam.
Masuk je office, aku tengok PC aku dah takde diganti dengan server.
Aku dah mencungap. Kampeni yang aku kerja ni mengambil tindakan tarik semula pc sebab aku ada buat mistake sebelum cuti. Masalahnya, aku buat dua kerja, Aku memerlukan sebuah PC dan bukannya server.
Kesan daripada penarikan PC ni, aku takleh buat dua kerja.
Bagus ideanya, dia mahu aku fokus satu kerja. Walhal, dia sendiri tahu hidup di Malaysia ni semakin tenat. Satu kerja, lagilah tenat.
Dengar, aku tak kisah jika dia ambil PC aku. Yang aku kisah, dia ambil PC aku tanpa pengetahuan aku / di mana aku tak kerja. Mana respect? Kalau begitu, lepasni aku takde, engko selamba selongkar meja aku semua. Privacy aku sebagai pekerja mana?
Sebenarnya, aku merancang untuk berhenti kerja dan fokus kepada kerja sebenar aku iaini jurugambar. Tapi aku merancang akan resign dengan aman pada bulan June. Tetapi, hal ini mendesak aku.
Semalam, aku terlalu marah dan tidak berpuas hati. Segala apa yang aku cakap semua kena bidas. Yelah, supervisor seorang wanita yang banyak bercakap. Untuk apa aku bidas bahasa dengan dia?
Aku masuk jam 9.14am semalam (lambat), aku membebel2 sampai jam 10am. AKu hisap rokok, dan terus balik jam 11am. Aku tak tahan. Hati aku sudah panas. Aku bukan budak-budak lagi nak rebel bagai. Aku sudah tua. Ada baiknya aku balik daripada aku stay sebab mungkin aku akan bertindak sebagai seorang yang kurang ajar pada orang tua. Aku tenang je.
Aku boleh berhenti hari ni. Boleh. Kalau ikut kata ego dan panas hati. Tapi bila aku fikir balik, aku ada isteri yang dipertanggungjawapkan. Sebab perkara ni, aku kena tenang, buang ego dan teruskan bekerja sehingga June. Aku tak mahu susahkan isteri aku.
Aku yakin, dalam sekumpulan dubuk.Akan ada seekor yang kecundang dek kerana mengikut perasaan. Jadi teruskan juga pekerjaan ini walaupun ikhlasnya sudah jauh hilang dalam hati.
Monday, February 20, 2017
Kakchom Hikers - Gunung Muntahak
Kakchomhikers sudahpun menawan muntahak.
Happy betul aku. Ini pengalaman pertama aku tidur di hutan. Memang sejak dari kecik lagi aku tak suka benda-benda hutan ni. Mistik nya lain, hal keselamatannya lain. Aku jenis hati kecik. memang tidak la aku nak join. tak sangka seteleh umur mencecah angka 3 ni, aku boleh lakukan ni dengan sokongan kawan-kawan aku. Terima kasih semua. Terima kasih tak terhingga kerja engkorang tak putus putus bagi aku semangat dan keyakinan untuk aku teruskan Kakchom hikers ni.
Trip muntahak ni perancangannya lebih kurang sebulan. Tok rimau, orang penting yang mencadangkan trip ni dilakukan. Manakala Jamal, Haziq dan geng-geng lain pon sepakat untuk join sekali. Alhamdulillah trip kami berjaya bermalam dan menuju ke puncak. Bukan tu je, jamal pon ada bawak kawan lain, dan lagilah kami gembira sebab mereka semua memang ada cukup experience berbanding kami yang rata-ratanya budak-budak lari dan hanya pernah naik gunung pulai sahaja.
So far trip kami alhamdulillah baik dan memuaskan. Camping ramai-ramai sambil bercerita, gelak ketawa, bbq ayam tanpa ingat hari esok. Fun, Absalutely fun. Kenapalah dah tua macamni baru aku tahu betapa seronoknya camping. KAHKAHKAH
Aku ingin mengucapkan berbanyak terima kasih atas sokongan dan kerjasama yang engkorang semua bagi kat aku. Epecially Tok rimau, Pakcik guide yg aku lupa nama , Joe dan anak , Brader Asri yang berpengalaman dan geng-geng lari serta kawan-kawan yang terlibat. Engkorang awsome weh. Serius.
Di bawah, sedikit sebanyak cerita kiteorang punya trip, mungkin engkorang leh dapat beberapa info let say next trip engkorang nak join or enkorang baru nak tahu apa ada di gunung muntahak.
Enjoy this Video and Pic!
Upacara memasang khemah. |
Budak pempuan tengah setting tempat makan |
Brader yang tunjuk peace tu banyak pengalaman gunung dia |
BBQ sedang berlansung |
Ajim & Tok rimau |
Art Api |
Aktiviti malam diisi dengan pelbagai topik perbualan dan sesi suai kenal |
Kami kenyang. kami happy |
Art berat. |
Wan sponsor 2 ekor ayam hutan untuk juadah |
Syafri tengah mengajar kitaorang beberapa bahasa Kedah antaranya "Chiwi" |
Brader tegas |
Pakcik ni adalah tour guide kami esok. Nama beliau Pak Ajis |
Mandi sungai waktu malam. Abaikan aksi lucah |
Lepas mandi kita sambung sembang. kali ni tukar port kat khemah joe dan asri pula. |
Brader joe dan teh sedap dia. |
Keadaan waktu malam di Campsite. Ada lampu brader. |
Lagi permandangan malam |
Waktu ni pagi, 6am. Haziq selaku Videoghrapher terkemuka kami dah siap2 dengan scramble egg. Padu.. |
Masing-masing dah dresap gunung. |
Sebelum mendaki, kami sempat juga poco-poco untuk panaskan badan. |
Cilake tak sempat habis poco-poco mereka nak bergambar pula. Abang layan |
Diskusi ringkas. |
Ini noni. dia merupakan sweeper kami pada hari tersebot. |
Tak terlupa, makwe-makwe KEJORA juga menyertai kami, lupa pulak nak cerita makwe-makwenya boleh tahan molek |
Walaupon makwe kejora molek-molek. abang still hug isteri abang tanda abang taat. |
Gambar kenang-kenangan bersama team KEJORA dan kakchomhikers |
Hutan hujan tropika |
Walaupun mendaki, suasana sangat sejuk di Gunung muntahak ni |
Ulat gonggok besar ibu jari ni aku pernah nampak kat muntahak je. Banyak kali pulak tu. tak pernah nampak benda ni sepanjang aku mendaki kat pulai. |
kami sudah tiba di puncak. Kelihatan kabus dan sejuk diatas |
Masing-masing sedang menikmati keindahan hutan |
Trip kali ni pada aku paling banyak pacat. Walaubagaimanapon mereka berlima ni bukan spesis pacat. |
Tegap, gagah dan memiliki susuk tubuh seakan RAMBO. |
Inilah pacat yang aku habaq tadi. Lebih kurang sembilan ekor juga dah hisap darah aku |
Brader Asri memang cool, kat puncak pon dia potong epal kasi kita semua makan. |
Entah kat mana la diaorang dapat papan hitam sama kapur. Maybe ada jual kat RNR sepanjang pendakian tadi. |
Well done! kakchomhikers dah tawan gunung tahah! |
Yang kiri tu isteri abang, yang tengah mungkin isteri kedua abang kita tak tahu kan jodoh tu kan ditangan tuhan |
Fuhhh mendongak betul ambil gambar ya |
Pokok hutan dan khazanah dunia |
Landscape top of muntahak |
Sejuk dan cool |
Aku lupa up gamba dia kat FB, aku up la kat blog. Jaga hati syafri |
NAH! ini dia kita punya reward. Air terjun 8 tingkat hanya di Muntahak mt! |
Pasangan gay hutan |
Aku tak tahu apa budak dua orang ni buat kat situ |
Aku nak shoot slow shutter, yang 3 orang ni ingat aku nak shoot dia. perasan. |
Adoi takde orang lain keeee |
Kan abang dah cakap, brader dua orang ni memang cool. Kat mana-mana dia boleh pacak set minuman dan makanan dia. Btw sorry tak habiskan maggi. Aku betul2 kenyang. hmmm |
Tok rimau merindukan isteri dan anak anak dirumah senai |
Keadaan waktu siang sesudah kami turun |
KRU |
Sebelum balik. sempat terjumpa periuk kera. yang abang hairan, periuk je ada. Kera nya tak tahu pergi mana |
Cuba tengok lama-lama, macam ada kehidupan lain kat bawah ni |
Hmmm muah ciked |
Perjalanan balik sebelum dipikap oleh Lori Telur |
Art daun |
KAMI TELAH SELAMAT PULANG! TERIMA KASIH !! |
Subscribe to:
Posts (Atom)