Hah. Ini menu diet "sihat" yang selalu bini aku masakkan untuk aku.
Sengaja aku kongsikan disini sebab last time, ada 3-4 orang kawan dari twitter tanya aku soal diet.
Aku bukannya pakar sangat pon, tapi yang aku pilih untuk makan ni (walaupun sbnrnya bini aku yg pilih) adalah menu paling ringkas dan senang jumpa kat mana-mana.
Permasalahan kita (sila baca: orang melayu), kita tak suka benda complicated. Kalau kita refer google atau resepi-resepi makanan sihat, sometimes dia ambil masa yang lama untuk penyediaan.
Menu-menu dibawah, ringkas, simple, senang masak. takpayah bergaduh laki bini.
|
Ciku,Rock melon. Ni favourite Fruit aku. Manakala Telur rebus 3 biji dan salad ni sebagai pemenuh rasa. So far aku makan lunch ni je alhaldulillah bertahan sampai malam. Malam dalam 8pm biasanya aku akan makan lagi benda2 ringkas ataupun aiskrim (sepatutnya xleh makan aiskrim) |
|
Bini aku memang memahami, Bendi ni juga sayur kegemaran aku. Aku boleh makan seberapa banyak tanpa jemu. Dada ayam grill tu aku makan dengan sis barbeque. |
|
Ni Roti dari Konjac. Konjac ni pembuat makanan low calories. Bini aku jual benda ni. Roti Konjac, tomato, salad, slice chicken with Cheese. Umphhh sedap!! |
|
Seminggu sekali aku akan pekena salmon, kadang2 dua kali. Tengok pada selera dan harga salmon yang kejap murah kejap mahal nak harom. Kacang pis hijau tu sedap kalau dia basah2. |
|
Aku merungut kat bini aku, dada ayam kecik sangat. So dia bekalkan aku lebih. Dengan roti Wholemeal Bread + egg. Dan Kacang panggang. |
|
Aku tahu, maybe kadang takde selera nak makan sayur 24 jam. Jadi aku hisaplah rokok sebagai pembuka selera. Huhu |
No comments:
Post a Comment