Monday, February 20, 2017

Panalbana

Aku cuti jumaat sebab nak pergi panjat gunung.
Aku naik kerja Isnin, iaini semalam.
Masuk je office, aku tengok PC aku dah takde diganti dengan server.

Aku dah mencungap. Kampeni yang aku kerja ni mengambil tindakan tarik semula pc sebab aku ada buat mistake sebelum cuti. Masalahnya, aku buat dua kerja, Aku memerlukan sebuah PC dan bukannya server.

Kesan daripada penarikan PC ni, aku takleh buat dua kerja.
Bagus ideanya, dia mahu aku fokus satu kerja. Walhal, dia sendiri tahu hidup di Malaysia ni semakin tenat. Satu kerja, lagilah tenat.

Dengar, aku tak kisah jika dia ambil PC aku. Yang aku kisah, dia ambil PC aku tanpa pengetahuan aku / di mana aku tak kerja. Mana respect? Kalau begitu, lepasni aku takde, engko selamba selongkar meja aku semua. Privacy aku sebagai pekerja mana?

Sebenarnya, aku merancang untuk berhenti kerja dan fokus kepada kerja sebenar aku iaini jurugambar. Tapi aku merancang akan resign dengan aman pada bulan June. Tetapi, hal ini mendesak aku.

Semalam, aku terlalu marah dan tidak berpuas hati. Segala apa yang aku cakap semua kena bidas. Yelah, supervisor seorang wanita yang banyak bercakap. Untuk apa aku bidas bahasa dengan dia?

Aku masuk jam 9.14am semalam (lambat), aku membebel2 sampai jam 10am. AKu hisap rokok, dan terus balik jam 11am. Aku tak tahan. Hati aku sudah panas. Aku bukan budak-budak lagi nak rebel bagai. Aku sudah tua. Ada baiknya aku balik daripada aku stay sebab mungkin aku akan bertindak sebagai seorang yang kurang ajar pada orang tua. Aku tenang je.

Aku boleh berhenti hari ni. Boleh. Kalau ikut kata ego dan panas hati. Tapi bila aku fikir balik, aku ada isteri yang dipertanggungjawapkan. Sebab perkara ni, aku kena tenang, buang ego dan teruskan bekerja sehingga June. Aku tak mahu susahkan isteri aku.

Aku yakin, dalam sekumpulan dubuk.Akan ada seekor yang kecundang dek kerana mengikut perasaan. Jadi teruskan juga pekerjaan ini walaupun ikhlasnya sudah jauh hilang dalam hati.

No comments: