Monday, February 20, 2017

Kakchom Hikers - Gunung Muntahak

Kakchomhikers sudahpun menawan muntahak. 
Happy betul aku. Ini pengalaman pertama aku tidur di hutan. Memang sejak dari kecik lagi aku tak suka benda-benda hutan ni. Mistik nya lain, hal keselamatannya lain. Aku jenis hati kecik. memang tidak la aku nak join. tak sangka seteleh umur mencecah angka 3 ni, aku boleh lakukan ni dengan sokongan kawan-kawan aku. Terima kasih semua. Terima kasih tak terhingga kerja engkorang tak putus putus bagi aku semangat dan keyakinan untuk aku teruskan Kakchom hikers ni.

Trip muntahak ni perancangannya lebih kurang sebulan. Tok rimau, orang penting yang mencadangkan trip ni dilakukan. Manakala Jamal, Haziq dan geng-geng lain pon sepakat untuk join sekali. Alhamdulillah trip kami berjaya bermalam dan menuju ke puncak. Bukan tu je, jamal pon ada bawak kawan lain, dan lagilah kami gembira sebab mereka semua memang ada cukup experience berbanding kami yang rata-ratanya budak-budak lari dan hanya pernah naik gunung pulai sahaja.

So far trip kami alhamdulillah baik dan memuaskan. Camping ramai-ramai sambil bercerita, gelak ketawa, bbq ayam tanpa ingat hari esok. Fun, Absalutely fun. Kenapalah dah tua macamni baru aku tahu betapa seronoknya camping. KAHKAHKAH

Aku ingin mengucapkan berbanyak terima kasih atas sokongan dan kerjasama yang engkorang semua bagi kat aku. Epecially Tok rimau, Pakcik guide yg aku lupa nama , Joe dan anak , Brader Asri yang berpengalaman dan geng-geng lari serta kawan-kawan yang terlibat. Engkorang awsome weh. Serius.

Di bawah, sedikit sebanyak cerita kiteorang punya trip, mungkin engkorang leh dapat beberapa info let say next trip engkorang nak join or enkorang baru nak tahu apa ada di gunung muntahak.

Enjoy this Video and Pic!
Tok rimau dan Haziq tengah check senarai nama peserta.

Team budak pempuan tengah sibuk berbincang nak masak apa malam nanti

Videographer - Haziq hashim

Penghibur kala malam. Boleh karaoke juga pasal sound dia mantap

Disebabkan ada satu kereta lagi lambat, kami semua terpaksa naik Lori telur. Dah macam Rohingnya pon ada aku nengokkan.

Suasana kampung Petri jaya

Inilah dia si jahanam yang datang lambat. Ketua dia yg topi merah. Sudah la datang lambat, dia ketawakan kita pula sebab naik lori telur. Cilakak, aku jentik telor sorang-sorang kejap lagi.

Dalam perjalanan pergi ke tapak perkhemahan. Lebih kurang 30min perjalanan dari bandar petri jaya.

Cuaca nampak sedang elok. Harapan kami malam kang tak hujan

Landscape sawit di perkarangan Gunung Muntahak / Tahak

Lagi Wallpaper

Another wallpaper

Kami baru turun dari Lori ayam. Masing-masing muka pasrah pasal pinggang dah bergalih
Yin tak leh handle, Pinggang dia sudah bergalih ke tumit kiri
Ini Anak Joe, Tasha mary jane nama dia.

Nampak betapa completenya tempat ni

Datuk Tee Siew tak tau sapa yang greeting ktieorang ok

Kami sudah tiba di Kem Buluh Perindu

Upacara memasang khemah.

Budak pempuan tengah setting tempat makan

Brader yang tunjuk peace tu banyak pengalaman gunung dia

BBQ sedang berlansung

Ajim  & Tok rimau

Art Api


Aktiviti malam diisi dengan pelbagai topik perbualan dan sesi suai kenal


Kami kenyang. kami happy

Art berat.

Wan sponsor 2 ekor ayam hutan untuk juadah

Syafri tengah mengajar kitaorang beberapa bahasa Kedah antaranya "Chiwi"

Brader tegas

Pakcik ni adalah tour guide kami esok. Nama beliau Pak Ajis

Mandi sungai waktu malam. Abaikan aksi lucah

Lepas mandi kita sambung sembang. kali ni tukar port kat khemah joe dan asri pula.

Brader joe dan teh sedap dia.

Keadaan waktu malam di Campsite. Ada lampu brader.

Lagi permandangan malam

Waktu ni pagi, 6am. Haziq selaku Videoghrapher terkemuka kami dah siap2 dengan scramble egg. Padu..

Masing-masing dah dresap gunung.



Sebelum mendaki, kami sempat juga poco-poco untuk panaskan badan.

Cilake tak sempat habis poco-poco mereka nak bergambar pula. Abang layan

Diskusi ringkas.

Ini noni. dia merupakan sweeper kami pada hari tersebot.

Tak terlupa, makwe-makwe KEJORA juga menyertai kami, lupa pulak nak cerita makwe-makwenya boleh tahan molek

Walaupon makwe kejora molek-molek. abang still hug isteri abang tanda abang taat.

Gambar kenang-kenangan bersama team KEJORA dan kakchomhikers

Hutan hujan tropika

Walaupun mendaki, suasana sangat sejuk di Gunung muntahak ni

Ulat gonggok besar ibu jari ni aku pernah nampak kat muntahak je. Banyak kali pulak tu. tak pernah nampak benda ni sepanjang aku mendaki kat pulai.

kami sudah tiba di puncak. Kelihatan kabus dan sejuk diatas

Masing-masing sedang menikmati keindahan hutan

Trip kali ni pada aku paling banyak pacat. Walaubagaimanapon mereka berlima ni bukan spesis pacat.

Tegap, gagah dan memiliki susuk tubuh seakan RAMBO.

Inilah pacat yang aku habaq tadi. Lebih kurang sembilan ekor juga dah hisap darah aku

Brader Asri memang cool, kat puncak pon dia potong epal kasi kita semua makan.

Entah kat mana la diaorang dapat papan hitam sama kapur. Maybe ada jual kat RNR sepanjang pendakian tadi.

Well done! kakchomhikers dah tawan gunung tahah!

Yang kiri tu isteri abang, yang tengah mungkin isteri kedua abang kita tak tahu kan jodoh tu kan ditangan tuhan


Fuhhh mendongak betul ambil gambar ya

Pokok hutan dan khazanah dunia

Landscape top of muntahak

Sejuk dan cool

Aku lupa up gamba dia kat FB, aku up la kat blog. Jaga hati syafri

NAH! ini dia kita punya reward. Air terjun 8 tingkat hanya di Muntahak mt!

Pasangan gay hutan

Aku tak tahu apa budak dua orang ni buat kat situ

Aku nak shoot slow shutter, yang 3 orang ni ingat aku nak shoot dia. perasan.

Adoi takde orang lain keeee

Kan abang dah cakap, brader dua orang ni memang cool. Kat mana-mana dia boleh pacak set minuman dan makanan dia. Btw sorry tak habiskan maggi. Aku betul2 kenyang. hmmm

Tok rimau merindukan isteri dan anak anak dirumah senai

Keadaan waktu siang sesudah kami turun

KRU



Sebelum balik. sempat terjumpa periuk kera. yang abang hairan, periuk je ada. Kera nya tak tahu pergi mana

Cuba tengok lama-lama, macam ada kehidupan lain kat bawah ni

Hmmm muah ciked

Perjalanan balik sebelum dipikap oleh Lori Telur

Art daun

KAMI TELAH SELAMAT PULANG! TERIMA KASIH !!





1 comment:

Anonymous said...

Best Online Casino Sites in Malaysia
Best Online Casinos in Malaysia. Find a list of the top luckyclub.live Malaysia online casinos of 2021. The Casino City Malaysia is the place to visit. This is why it