oh ya, aku pengguna kasut sepenuh masa. Aku jarang guna selipar kecuali dalam masa2 terdesak sahaja.
Bila aku nak start berlari, kawan kawan aku suruh aku beli kasut baru. Aku puas bidas kat kawan aku, " Kasut lari mahal lah, aku beli bundle je", tapi diaorang semua tak bagi aku beli bundle. Aku tanya kenapa? Diaorang pon tak tahu nak explain macamana. Dia cuma suruh aku pergi kedai sukan dan tanya jurujual sendiri.
Rupa-rupanya, kaki kita banyak type. Dan pemilihan kasut yg salah akan membuatkan kita sakit ataupun lagi teruk boleh buat kaki kita rosak. SERIUSLY!
So after mendapat nasihat kedai sukan dan beberapa orang rakan, demi meneruskan niat berlari aku. Aku gagahkan diri ke JPO kedai NIKE factory, dan aku; pon beli kasut ni. Ini Nike Zoom Structure 19.
Aku lebih berkenan pattern Pegasus, tapi tapak aku jenis High arch. So pattern ni paling sesuai, murah dan mentibang laut warnanya. |
Engko jangan tanya aku kenapa aku beli kaler hijau pantul cahaya ni. Hanya kasut ni je yang paling murah kat Nike tu. Murah sebab warna dia kurang sambutan. Tapi who cares? aku nak buat lari je pon bukan nak buat pergi pasar malam.Sudah la waktu aku nak beli ni, jalahn ke JPO jam hingga lebih 4 jam aku que. Nampak. punya la semangat.
Kasut ni banyak kenangan kat aku. Ini kasut lari pertama aku beli, ini kasut yang buat aku tahu macamana nak lari (jauh), Dan inilah kasut yang mengajar aku erti survival. Hari ini, genap 8 bulan kasut ni bersama aku. Dan tiba masanya untuk aku simpan supaya ia terus menjadi kenangan. Kahkahkah
Kasut lari juga ada Milege. Sebab kasut lari direka khas untuk berlari dan tapak dan sole dalamannya hanya mampu menampung sejumlah kilometer sahaja. Untuk Nike Structure, estimate milege kasut ini adalah sekitar 400KM. So apa jadi kalau pakai lebih? Dia macam tayar kereta juga. Bila tayar dah over pakai, dia jadi botak, dia kurang confortable dan kurang grip. Sama macam kasut lari juga.
Aku kurang pasti fungsi benda Hexagon tu, tapi pada pendapat aku makin banyak hilang semakin kurang la cengkamnya. |
Harini, cukup aku gunakan dia semaksimum. Total kasut ni punya milege yang telah aku guna adalah 822KM. Sudah tiba masanya dia berehat.
Terima kasih untuk 8 bulan yang berharga! |
Goodbye honey.
Jadi, semperna 2017, aku hadiahkan diri aku sendiri kasut kesukaan aku. Ya, aku tahu designnya memang tak cantik. Tapi dia sangat selesa dan berprestasi tinggi. Welcome Hoka Oneone Clifton 2!
Baru guna semalam, masih belum dapat dia punya selesa lagi. Rilek, kasi aku masa aku review lebih. |
Aku harap ia kekal sampai tapak habis. Tengok fizikal tapak ni, mungkin aku boleh guna lagi 10 tahun dia punya tebal.
Actually, sizing dia agak pelik. Nike aku guna UK11/290, tapi Hoka aku guna UK11.5/300 |
No comments:
Post a Comment