so harini baru teringat nak buka.
maybe sebab sibuk upload barang masuk mudah.my.
jarang sebenarnya gua bukak page makwe lama.
makwe lama punya page ada kat zm punya Fb je..
sebab tu jarang bukak zm punya fb.
sebab nanti mesti terlintas nak bukak porfile makwe lama.
haa..itula dia, nak ditelan pahit, nak dibuang sayang.
kadang2, ramai juga yang tanya, kenapa gua asik sebut pasal makwe lama.
sebagaimana din paiman, gua juga punya emosi kelakian yg jitu.
cuma din paiman tu lagi deep dia punya kelakian jitu tu. keh keh keh.
sebenarnya, utk delete sesuatu dari pc menuju ke recycle bin...
kita bukan sahaja klik pada button "delete"..
tapi kire kena empty recycle bin.
nak tekan delete tu mudah.. nak tekan empty recycle bin tu agak susah..
kadang2 tak sempat.. kadang2 tak ingat.. kadang2 buat2 tak nampak.
sebenarnya ia tetap disitu. gua tak penah delete pun.
cuma gua buang kejap dimata gua..dan bila dia hilang gua akan sibuk mencari semula.
mencari dalam keadaan dia tak tau gua kat mana.
sebab gua tak pernah cerita kat sesiapa perangai keji gua ni.
ya, gua stalk makwe lama gua.
we gotta move on..
itu pun benda senang nak cakap jugak.
senang la bagi orang yang senang untuk perasan yang diri dia bagus.
yang diri dia better dari makwe lama dia.
tapi bagi gua, semua tu silap gua and gua patut ubah silap gua tu.
dengan harapan, cahaya "suria" tu masih ada.
tapi gua tahu, dan gua terima hakikat semua tu. cuma kadang-kadang gua rindu.
rindu waktu dulu-dulu.. rindu naik RXZ lidi patah satu. Rindu bergolok bergadai utk kejar impian yang dulu-dulu. dan yang paling gua rindu, persahabatan yang kuat sampaikan semua orang pon keliru.benda ni yang gua rindu. benda ni yang buat gua ingat dia selalu.
sebagai seorang jantan keparat macam gua, tak sepatutnya gua kenal dengan orang yang secantik tu. dan tak sepatutnya gua perasan yang gua ada awek macam angel camtu.
tapi tulah, gua ni pun jenis penipu. jadi patutla benda ni tak kekal lama. salah gua juga semua tu. sebab tu yang buat gua selalu cemburu. apepun, kenangan lalu tu, sehingga kini tetap menganggu kalbu.
gua sebenarnya berterima kasih kepada makwe lama gua.
kalau tak kerana dia, gua tak jadi macam sekarang ni.
biarpun dia buat gua KLMJ selalu, tapi sebenarnya dia sangat menghargai gua.
dia sangat membentuk gua, dan mengajar gua benda2 yang mendatangkan manfaat dalam hidup gua. apa yang gua ada sekarang , atas nasihat dan tunjuk ajar dia juga.
kalau tak kerana dia, gua rasa gua nak hanyut diarus deras. fulamak, ayat band boy.
apepun, gua berharap makwe lama gua akan bahagia disamping pilihan hati dia.
tapi gua cuma nak dia tahu, ape yang gua janji, gua akan buat.
kalau gua cakap gua tunggu, maksudnye gua tunggu.
maybe gua akan berada di depan pelamin dia akan datang.
gua akan pacak 70-200 f5.6 dan gua nak zoom tepat2 kat muka dia.
gua akan focus solid kat kebahagiaan dia.
dan gua tak akan biarkan bokeh-bokeh tu menganggu struktur wajah dia.
sebab itulah gamba terakhir yang gua akan snap utk dia.
sebab tulah gambar terakhir yang membuktikan kejujurannya yang betul2 tengah bahgia.
dan gambar tu gua akan simpan semolek mungkin.
gua akan laminated supaya ianya berkekalan ke generasi gua akan datang.
mungkin gua akan cakap kepada anak-anak gua,
"sebab autie ni la, korang semua ada disini.."
dan, gua izinkan, anak-anak gua panggil dia mummy.
No comments:
Post a Comment