Sunday, October 2, 2011

Mainee coon

gua dh mula rasa sunyi..
gua sunyi sebab hidup gua dh kembali mem"bujang" sejak 2bulan lepas.
kucing kesygan gua tah g mana tiba2 hilang.
tak dapat dikesan.
gua anggap je la dia jatuh dari tingkat 15 ni.
kalau gua pikir bukan2 nanti gua sakit hati.

Gua minat memelihara binatang sejak gua darjah 3. gua masih ingat lagi binatang pertama yang
gua bela adalah seekor anak biawak. ye, anak biawak.
atuk gua jumpa semasa dia balik menyawit kat kebun, anak biawak ni duduk tengh jalan.
bila diamati betul2,dia cedera. dan atuk gua bawa balik letak dalam sangkar.
bela biawak ni senang, lu kasi ape pun dia makan.
tapi biawak ni jenis menatang tak kenang budi. dia keje nak gigit je.
tangan gua pun penah dia gigit sebab gua cucuk2 badan dia dengan kayu.
and lastly dia hilang terkeluar sangkar dan tak balik2..
walaupun dia ganas,horror,jijik dan huduh. gua sayang kat dia. gua kasi nama dia bob. gua penah tunggu jugak dia balik masuk dalam sangkar,tp tak ada pon.

then atuk gua gantikan si bob tu dengan awang. awang ni bukan biawak. awang ni burung tekukur. gua tak tau la skrg ni ada lagi ke tak jenis burung ni. sebab zaman2 atuk aku tu ramai orang bela burung tu. bela burung ni bagus. even kita kurung dia dalam sangkar, bila dia keluar atau lepaskan, sampai masa dia akan balik semula kedalam sangkarnya. ni kire menatang jenis kenang budi, tak macam si bob tadi. jenis gua pulak suka pegang2 dan picit2, lama2 si awang tu mati dalam gengaman gua sebab gua bawa dia masuk bilik dan tidur bersama. terpenyek bawah bantal. lepas tu atuk gua pun tak pikir panjang, tali pinggang naik badan.

bila gua sekolah menengah, gua bela kucing. rumah gua anti kucing, sebab mak gua tu semput dan alergi pada habuk. jadi gua bela kucing senyap2 dalam bilik. sampaikan satu hari tu kucing tu kena buang dengan bapak gua. buang tanpa bagitau gua. dan gua rasa terfakthub habis dengan bapak gua.

bila habis sekolah sampai gua kerja, gua quit scene bela binatang, sebb gua taknak tanggung risiko kehilangan lagi. kehilangan benda yang kite sayang. lu paham tak. bukan hilang awek je kite boleh KLMJ, hilang binatang peliharaan pon boleh KLMJ tahu!
tapi lama2 gua kembali bela binatang balik.
gua start bela hamster,guinea pig,iguana,desert turtle dll.
then macam biasa, semuanya hilang/mati dan tak diketahui.
bukan bermaksud gua abaikan binatang2 gua, tapi mmg dah jangkahayat dia macam tu.
and last skali binatang yg gua bela adalah kucing, dan kucing tu pun baru 2 bulan lepas hilang. itulah dia. so skrg gua rasa hidup gua tak normal. hidup gua tak normal sebab tiada binatang disisi gua. gua sepi,sunyi,terfakthub!
Scottish Fold Cat

gua ingat nak bela kucing lain, sebab kucing ni feel dia lain mcam sikit. bagi gua even gua kena bersihkan tahi dia tiap2 hari, tapi berbaloi sebab kucing2 yg gua jaga semua sekali amat akrab dengan gua. gua dh anggap kucing tu girlfriend gua. dan gua rsa takleh hidup tanpa kucing.
gua ada usha2 mudah, gua cari scottish cat. scottish cat ni kucing baka scotland, telinga dia kecil je, dan badan dia jenis bulat kaki pendek. tapi takde kat pasaran malaysia.so gua hampa. tapi tiba2 gua tertarik pada satu kucing ni.

mainee coon.
ini baka ketegori kucing paling besar. baru masuk pasaran malaysia, tapi harga dia mak aihhh...gambar diatas menunjukkan size normal dewasa kucing ni.
dan dia boleh membesar lagi. dan antara baka kucing paling panjang nyawanya. kata orang,kucing ni ada 6 nyawa. macam game supermario. and maybe kucing ni nyawa dia ada18 ke tak tau la gua.

1 comment:

lara nur said...

kutip je la kucing kat pasar basah tu apa yang susahnya