Saturday, August 17, 2013

Childish

Enchik B merupakan seorang lelaki luar biasa bagi aku. Sebab apa? Sebab dia banyak tahu tentang apa sahaja benda dengan detail dan suksess . Bagi aku dia macam cikgu. Hal kereta, hal rumahtangga, hal kemasyarakatan even hal hal alam ghaib jugak dia tahu. Memang aku rasa bertuah berkawan dengan enchik B.

Semalam aku berjumpa enchik B, berborak-borak macam biasa. Memang kalau aku berborak dengan dia, perbualan tu akan diisi dengan hilai tawa. Enchik b ni ramah orangnya. Tetapi jangan kau silap, enchik b juga seorang yang panas baran! Yang penting engko kena pandai respect orang. 

Enchik B tanya aku,
" Henpon lu hilang kat rumah chab? Apa lagi kena curi?"

"Haah enchik, hilang kat rumah, satu hari raya pulak tu. aku geram betul. Dah la ambil handphone, duit dalam bag duit pun dia ambil. Selamat bag duit dia tak ambil sekali. "

"Ohh ok la, ic dia tak curi. Kalau tak lagi parah lu."

"Enchik, lu tau tak macamana nak kasi pencuri tu "panass". Baru dia tahu padah mencuri. Kasi dia panas sampai dia pulang balik barang aku."

Enchik B diam. Selang beberapa minit enchik B bersuara semula.

"Aku ada cara chab, tak payah kasi dia panas ke apa. Tak baik."

"Hbis tu macamana enchik? Aku geram betul ni"

"Macamni, kau maafkan dia. Kau halalkan apa dia dah curi, kau lupakan. Lepas tu kau mohon pada Allah , cakap kat Allah bagi balik apa yang orang tu dah curi pada kau. Insyallah Allah akan bagi apa permintaan kau. Aku pernah kena dulu, aku mintak kat Allah. Sampaikan satu hari tu Allah bagi aku rezeki berlipat kali ganda. Sampaikan aku sendiri malu dengan Allah sebab minta macamtu.

Aku merenung panjang. Rupanya baru aku sedar banyak benda betul yg enchik b cakap tu. 


"

2 comments:

nabihah said...

aku pernah buat macam tu. memang betol.

chubbyharusdirejam said...

betul betul. aku dah dapat alamat dia.